KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih
banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini
oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin mengundang
pelbagai kecaman netizen termasuk bekas Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Malah
Ahli Parlimen Ampang tersebut turut mengatakan bahawa singa wujud di negara ini
juga tidak tepat.
“Awak
fikir dengan mudah pergi dan bunuh orang utan? Begitu juga dengan singa dan
harimau. Mereka tidak dibunuh. Kena ada prosedur untuk hadapi dan letakkannya
di dalam zoo.
“Saya
rasa kalian boleh tanya Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara). Mereka boleh beritahu berapa orang utan dalam negara dan berapa banyak
mati dan hidup,” katanya melalui satu rakaman video yang tular di media sosial.
Rakaman
video berdurasi satu minit 35 saat itu yang dikongsikan Rafizi kini berjaya
‘trending’ di Twitter beberapa jam lalu hingga berjaya meraih seramai 324 ribu
tontonan dalam tempoh sama.
Banyak
benda boleh belajar dari menteri2 yg bijak pandai:
1
Selamba
aaah cikgu aku dulu tipu kat sekolah, tak ajar benda2 ni
“Banyak
benda boleh belajar dari menteri-menteri yang bijak pandai.
“1) di
Malaysia, kalau orang utan jumpa manusia, orang utan bunuh manusia dulu
“2) di
Malaysia ada singa
“Selamba
cikgu aku dulu tipu kat (dekat) sekolah, tidak ajar benda sebegini,” ujarnya.
Sementara
itu, menurut pengguna Twitter @JoeLabu311, Zuraida seharusnya melakukan kajian
terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Buatlah
kajian sikit. Awak menteri. Bukan ahli mesyuarat tingkap,” katanya.