Fuiyoh! Dia punya tahap tak malu dah sama taraf dengan Najib dah
ni.
Macamlah rakyat tak nampak. Dah berapa hari banjir baru nampak
muka. Itu pun melambai dalam kereta je. Bila banjir dah surut baru turun dari
kereta untuk ceduk lumpur satu skop.
Itu baru PM. Belum cerita menteri. Noh Omar pun menjelma setakat
nak umumkan yang dia masih lagi pengerusi bencana negeri. Lepas umum terus
hilang. Dah surut baru keluar lagi.
Azmin cuma tunjuk rajin sekejap. Lepas tu terbang ke luar
negara. Ismail dah siap keluarkan arahan suruh batal cuti. Yang ada di luar
negara, suruh balik segera. Tapi Azmin buat selamba je.
Yang turun padang pun Rina. Siap pakai kasut tumit tinggi la.
Tapi takpe la. Janji datang. Lagipun itu sebab dia sempat tukar pakaian je. Dia
tukar pakaian tanpa buka kasut.
Hebat
orangnya.
Tapi bagusnya Rina, ada juga cuci simen sekolah. Iyalah,
walaupun simen tak berlumpur, setidaknya ada tahi cicak. Ada juga dia kemas
meja. Kalau tak, tak, tak dapat murid di situ bersekolah.
Peja pun ada bantu. Dia buat majlis untuk umum bantuan banjir.
Kali terakhir dilihat dia siap berbaju Melayu lengkap bersampin. Lepas tu dia
pergi mana tak tahu. Jangan dia buat perangai Abang Jamil sudah la.
(Tambahan) Tak lupa Zafrul. Dia pun ada turun padang. Datang
dengan bot penyelamat. Tapi bot penuh dengan jurukamera. Kalau nak selamatkan
orang, tak tahu nak letak mana.
Menteri lain aku tak pasti. Zuraida, Radzi Jidin, Halimah
Sadique, Hamzah Zainuddin, Tuan Ibrahim, Idris Ahmad dan ramai lagi. Aku tak
kata tak bantu. Tapi mangsa banjir pun tak ada yang sebut nama-nama ni. Bantu
ke tak, entahlah.
Di peringkat PH aku selalu follow post DS Anwar, YB Nurul Izzah,
Yeong Safura, Dr. Maszlee, Steven Sim dan ramai lagi. Mereka jauh lebih awal
daripada menteri dan YB kerajaan datang membantu mangsa banjir.
Sampai aku buat posting appreciation DS Anwar sebab tengok
bersungguh benar beliau pusing satu negara sampaikan bantuan. Naik motor je.
Bukan naik kereta dan block jalan orang sampai ambulans pun kena tunggu.
Ismail jangan nak mengarut sangat. YB PN/BN tak turun bantu
rakyat aku tak adalah marah sangat sebab aku tahu mereka memang bukan jenis
hirau kesusahan rakyat.
Tapi agensi kerajaan pun lambat bertindak. Sampai Angkatan
Tentera pergi bantu mangsa tanpa arahan daripada NADMA. Dah tak sanggup nak
tunggu. Lembab sangat.
Sudahlah gagal gerakkan jentera kerajaan untuk bantu mangsa
banjir, YB kerajaan tak hiraukan mangsa banjir, boleh pula dia nak angkat diri.
Lepas tu kritik orang tak tengok tempat.
Ismail tak tahu ke kewujudan media sosial? Ini bukan zaman dia
masuk UM ikut merit dulu. Ini zaman ICT. Rakyat boleh scroll socmed dan nampak
semuanya.
Rakyat nampak YB PH yang gigih membantu. Bahkan nampak juga
bagaimana mereka dilarang membantu kerana kerajaan nak jual nama. Mana agaknya
pergi maruah kamu wahai Ismail?
Paling pertama sampai adalah NGO dan diikuti YB PH. Bahkan Abang
Viva yang bergerak solo jauh lebih awal daripada Nadma dan PM sendiri. Tak malu
ke dia nak cakap begini?
Kalau ikut hati memang berbakul aku nak maki makhluk ini. Tapi
tak payahlah. Biar Allah saja yang balas segala kejahatan, kezaliman dan
penipuan yang dia buat.