DIA MEMANG BUSUK PERUT. NAK TAU BUSUK KE DAK ...DALAM NYANYUK DIA PUN DIA KATA ANWAR GAGAL SEBAGAI PEMIMPIN...DIA TUBUH PARTI BARU PUN ADA SAPA IKUT DIA...KAH..KAH...NYANYUK

 


Busuknya hati Dr M, bagaimana kata Anwar gagal sedangkan belum diuji jadi PM, kata pemimpin PKR





Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Hamid, berkata andaian
 berat sebelah Dr Mahathir Mohamad dalam buku terbarunya penuh
 dengan sifat dendam dan fitnah untuk menutup tindakannya
 menggagalkan usaha menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana
 Menteri.


PETALING JAYA: Tidak adil untuk Anwar Ibrahim dilabel sebagai “individu tidak tahu memerintah negara”, sedangkan Presiden PKR itu masih belum diberi peluang menjadi Perdana Menteri, kata seorang pemimpin parti.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Hamid, berkata andaian berat sebelah Dr Mahathir Mohamad dalam buku terbaharunya, “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”, penuh dengan sifat dendam dan fitnah untuk menutup tindakannya menggagalkan usaha menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Untuk Tun M, busuknya hati seseorang itu bergantung pada hujahnya. Kalau kata Anwar gagal, beliau belum lagi diuji. Jadi bagaimana dia kata Anwar tidak layak? Dia hendak kata siapa yang bagus? Muhyiddin (Yassin)? Atau dia sendiri?.

“Semua boleh mengkritik orang itu gagal, orang ini bagus. Tapi bagus dari segi apa? Adakah pandangan dia bersifat dendam? Jangan lupa fitnah yang dia buat terhadap Anwar, kerana asasnya hanya untuk tidak benarkan Anwar menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada FMT.

“Anwar sudah diuji bermacam-macam, diperlakukan macam-macam tetapi beliau tetap teguh meneruskan agenda dan nasib rakyat. Ini baru pemimpin telun, bukan pemimpin yang hanya tahu menjaga kepentingan anak-beranak dan kroni,” tambahnya.

Dalam buku setebal 304 halaman, Pengerusi Pejuang itu mengkritik kebolehan Anwar memimpin dan merasakan Ketua Pembangkang tidak tahu memerintah negara berdasarkan pengalamannya lalu.

Mahathir berkata, beliau bekerjasama dengan Anwar sebelum ini hanya dengan satu matlamat, iaitu untuk menjatuhkan Najib, dan kerjasama itu membuahkan hasil.

Walaupun Anwar mungkin menganggap dirinya berkebolehan, Mahathir berkata Ahli Parlimen Port Dickson itu bukanlah faktor berlaku kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada 2018.

Mengulas lanjut, Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, pandangan Mahathir terhadap Anwar bertentangan dengan pengiktirafan diterimanya di peringkat global.

“Dia kata Anwar tidak layak sedangkan Anwar dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik ketika era pentadbirannya dan beliau dijadikan contoh dengan dilantik Pengerusi Bank Negara Dunia ketika itu.”

Dalam satu wawancara disiarkan hujung tahun lalu, bekas Perdana Menteri itu ada mendedahkan Anwar tidak berupaya menangani krisis kewangan negara ketika memegang jawatan sebagai sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 1997 hingga 1998.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kebolehan Anwar menerajui negara diuji ketika itu apabila dilantik memangku jawatan Perdana Menteri bagi menggantikan beliau yang bercuti selama dua bulan.

“Dia suka menurut apa yang dicadangkan dan disarankan oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Saya pernah berkata kepadanya, kalau kita ikut mereka, negara mungkin tidak ada dana yang cukup untuk membayar gaji tetapi dia masih terus dengan pendiriannya menyokong IMF dan Bank Dunia,” katanya dalam wawancara itu.