TIMBALAN PRESIDEN UMNO SANGGAH PROJEK 5G OLEH DNB? JANGAN PERCAYA UMNO KAKI PUTAR ALAM....


 Kerajaan telah menubuhkan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk melaksanakan perlaksanaan jaringan 5G.

Syarikat SPV milik penuh Kementerian Kewangan telah diperuntukkan spectrum 5G secara percuma dan eksklusif. Ia kemudian akan dijual kepada syarikat-syarikat telekomunikasi mengikut model Single Wholesale Network (SWN).

Pendekatan ini secara efektif memberikan DNB monopoli khusus dalam perlaksanaan dan pengendalian perkhidmatan 5G seluruh Negara selama 10 tahun.

Sehingga kini, Kerajaan gagal menjelaskan rasional menggunakan model ini. Apa kewajaran penubuhan DNB ini sebenarnya? Jika ia lebih efektif, jelaskan bagaimana ia akan lebih efektif dalam pelaksanaan jaringan 5G tanpa persaingan.

Perlukah Kerajaan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mewujudkan satu lagi syarikat berkepentingan Kerajaan.

Jelaskan juga kelestarian model kewangan dalam membiayai DNB dan mandatnya? Apalagi bila DNB mengumumkan pelancaran rangkaian 5G di seluruh negara menelan belanja sehingga RM 20 Bilion selama 10 tahun dengan pendanaan melalui pinjaman bank dan penerbitan sukuk.

Kenyataan yang mengatakan bahawa model pembiayaan yang dicadangkan tidak akan melibatkan jaminan kerajaan adalah janggal. DNB adalah milik kerajaan. Pastinya sebarang risiko atas hutang dan keperluan kewangan operasinya akan secara langsung menjadi beban kerajaan.

DNB juga diberi tanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan kesediaan dan kualiti perkhidmatan rangkaian adalah terjamin kepada pengguna.

Jika mengikut model 3G/4G terdahulu, tanggungjawab ini adalah terletak kepada syarikat telekomunikasi. Ia mewujudkan persaingan yang sihat antara mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik dan pengguna mempunyai pelbagai pilihan. Bagaimana DNB akan menjadi katalis kepada persaingan sihat ini?

Dengan pemusatan semuanya kepada DNB sebagai penyedia, risiko untuk berlaku ‘single point of failure’ seperti yang berlaku pada rangkaian Starhub di Singapura April lalu boleh terjadi dan berpotensi menjadi kerumitan yang besar kepada rakyat dan negara.

Kerajaan pasti maklum bahawa model SWN ini telah terbukti gagal di negara seperti Mexico, Belarus, Rwanda, Kenya, Russia dan Afrika Selatan semasa implementasi rangkaian 4G.

Keengganan negara-negara luar untuk mengikut model ini memberi petunjuk yang jelas berkenaan kelemahan model ini.

Risiko yang diambil oleh Kerajaan memerlukan penjelasan yang konkrit. Defisit keyakinan terhadap DNB dan model SWN nampaknya semakin jelas dan Kerajaan mesti menanganinya.

Dato Seri Utama

Mohamad bin Haji Hasan

13 Dec 2021



No comments: