Dr Maszlee, Faizul menyantuni penduduk DUN Layang Layang

 


Penyelaras KEADILAN DUN Layang Layang, Faizul Abd Ghani dan Ahli Parlimen Simpang Renggam yang baharu menyertai KEADILAN Dr Maszlee Malik menyantuni mesyarakat sekitar pekan Layang Layang, kelmarin.


Menurut Penyelaras DUN Layang Layang, Faizul Abd Ghani aktiviti itu dianjurkan secara berkala bagi mengetahui masalah penduduk setempat dan memperkuatkan imej KEADILAN pada mata masyarakat.


"Saya bersama Dr Maszlee Malik bersama-sama menyantuni masyarakat di kedai kedai sekitar pekan Layang Layang dan di pasar minggu Layang Layang," katanya.