Pihan Raya Negeri (PRN) Sarawak
kali ini dijangka akan mencatat sejarah kebangkitan rakyat untuk berubah
selepas 58 tahun diperintah oleh GPS tanpa pembangunan yang nyata.
Menurut Menteri Besar Negeri
Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, tanda tanda angin perubahan mula merobah
pemikiran pengundi telah kelihatan.
Cuma, katanya, jentera KEADILAN
perlu bekerja keras untuk memastikan para pengundi keluar mengundi pada 18
Disember ini.
"Saya terima maklumat dari
teman teman yang lama di sini, ada potensi yang baik. Saya rasa KEADILAN
mempunyai pengaruh yang agak baik, mempunyai pendukung parti yang setia.
"Saya yakin dengan adanya
sokongan (untuk berubah) ini, pastinya mereka akan bersungguh sungguh
memastikan parti kita mendapat kemenangan," katanya.
Beliau yang telah berkunjung ke
Sarawak kali keempat bersama sama jentera Negeri Sembilan berkata, telah
berlaku gelombang kesedaran dalam kalangan pengundi yang kuat berbanding
beberapa siri PRN yang lepas.
Beliau amat berharap pengundi
yang bekerja di luar Sarawak dapat pulang untuk membantu pengundi tempatan
merealisasikan impian mereka untuk melantik kerajaan baharu mentadbir negeri
"Saya mendapat taklimat
ini peluang terbaik kita. Di mana saya dimaklumkan sebahagian besar rakyat
Sarawak bersedia untuk berubah.
"Ini merupakan satu
petanda yang besar bagi masyarakat Sarawak. Saya menyeru seluruh pengundi
Sarawak (bekerja di luar untuk) balik dan menentukan masa hadapan tuan tuan sendiri,"
katanya.