Pas kata tindakan parti itu memilih bersama PN bukannya bersama Umno, bukan bermakna Pas memusuhi Umno.
Tiada MN,
UMNO dan Pas jangan sampai bermusuh
Oleh
SHAHBUDIN EMBUN
PILIHAN
Raya Negeri (PRN) Melaka adalah medan terbaik untuk mengukur kekuatan parti
politik yang bertanding. Keputusan PRN ini adalah sebagai persiapan untuk
PRU-15 dari segi strategi dan kerjasama politik sebenar.
Keputusan
Pas untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bermakna tiada kerjasama
parti itu bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN). Keputusan Pas itu telahpun
ditentukan oleh Majlis Syura Ulama yang bersidang baru baru ini.
Pas
dilihat lebih selesa bersama Parti Pribumi Bersatu Melaysia (PPBM) berbanding
UMNO walaupun terpaksa tidak menggunakan lambang bulan yang menjadi tradisi
puluhan tahun.
Kalau
dilihat dari rekod pencapaian dalam PRU-14, PPBM memenangi dua kerusi DUN
sewaktu dalam Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan lambang PKR. Ketika itu
PPBM mendapat sokongan majoriti pengundi kaum Cina dan India.
PRN kali
ini undi tersebut agak sukar untuk diperolehi disebabkan parti Gerakan, sebagai
parti komponen PN tidak mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat Cina dan
India.
Pencapaian
Pas di Melaka dalam PRU-14 pun tidak begitu memberangsangkan. Pas tidak menang
walau satu kerusi pun. Mereka hilang wang pertaruhan di semua tempat yang
ditandingi kecuali tiga kawasan.
UMNO/BN
kalah tipis dalam PRU-14 dengan memenangi 13 kerusi DUN daripada 28 yang
dipertandingkan. Banyak faktor yang menyebabkan UMNO kalah tipis di Melaka yang
menjadi kubu kuatnya sebelum ini.
Antaranya
ialah janji bulan bintang dalam manifesto PH yang dapat menarik pengundi muda dan
pengundi atas pagar. Percaturan kali ini jauh berbeza daripada PRU yang lepas.
Apakah keputusan PRN kali ini lebih baik bagi UMNO/ BN jika dibandingkan
daripada PRU-14, ia masih menjadi tanda tanya?
UMNO/ BN
dijangka menang selesa jika ada kerjasama Pas dalam MN. Begitu juga Pas
dijangka dapat buat pertama kali bertapak dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
sekiranya bekerjasama dengan UMNO/ BN. Namun Pas memilih jalan berliku. Apakah
pertimbangan strategi yang diambil kira kali ini masih tidak dapat dipastikan.
Walaupun
UMNO tidak bersama Pas, namun ini janganlah sampai jadi permusuhan kerana
kedua-dua parti mewakili majoriti pengundi Melayu Islam. Bertandinglah secara
berhemah kerana dalam politik apa pun boleh berlaku di masa yang akan datang
demi ukhwah Islamiah.
Semenjak
dari tahun lepas lagi Pas sudah memberi bayangan bahawa parti itu akan bersama
PPBM dalam gabungan PN. Namun UMNO masih menaruh harapan agar Pas mengubah
pendirian. Terdapat juga segelintir akar umbi kedua-dua parti tersebut masih
menaruh harapan agar MNl dapat direalisasikan di hari mendatang terutama pada
PRU-15 kelak.
·
Penulis merupakan penganalisis yang banyak
meluangkan waktunya bergaul dengan orang politik.
Jadikan
UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!