HAMDAN TAHA
Menarik bila saya baca kisah makan di restoran di langkawi harga mahal
Sebenarnya alasan pihak restoran itu semua ikan mereka hidup dan masih dalan sangkar
Di bandar besar seperti KL juga banyak restoran menjual ikan siakap,kerapu dan berbagai jenis ikan hidup dan boleh di pilih
Saya selalu juga makan ikan masih hidup di Air 8 putra jaya sebelum PKP dulu ada restoran masakan cina islam di situ,harga kerapu sekilo 60 ringgit dan siakap 50,talapia 40 ringgit sekilo,saiz kerapu paling besar 2.5 ke 3 kilo,siakap kebanyakan 1 kilo ke 1.5 kilo,talapia 1 kilo
Tapi di langkawi sekilo siakap 160 ke 180 sekilo dan ikan merah 250 sekilo,kerapu 200 ke 250 sekilo,cukup luarbiasa harga itu
Saya dan isteri juga sering ke pulau batam dan tg pinang di indonesia,dan saya kerja 10 tahun di indonesia,dan banyak merantau makan di pulau Bangka,pulau seribu,surabaya,medan dan restoran sefood mereka boleh isi sampai 1000 ke 2000 orang punya lah besar,tapi harga ikan hidup udang hidup,ketam hidup masih terjangkau harga dan murah
Saya pernah makan 25 orang di batam,makan ikan kerapu,ketam,udang,kerang gergasi,sotong dan macam macam makanan tepi laut mereka bila sampai Bill sekitar 5 juta rupiah paling mahal,lebih kurang 1500 ringgit malaysia
Jadi jika kita ke mana mana restoran lihatlah harga tawaran mereka terlebih dahulu
Jika ikan siakap bawah 50 ringgit yang hidup,kerapu sekitar 60,udang sekitar 80 gred A,sotong 50 ke 60,ini harga bersesuaian dengan kita di malaysia
Tapi jika atas dari harga itu dengan segala apa alasan pun baik lah angkat kaki
Saya suka beli siakap besar besar ni untuk buat kenduri,dan saya suka cari siakap liar,dan masih segar dan baru jer di tangkap,sama ada di pulau indah,pantai remis,dan tepi laut lainnya palaing mahal pun sekilo 27 ke 28 ringgit sahaja,itu termasuk di pulau ketam,malahan lagi besar lagi kurang harganya jika siakap,yang mahal ni yang saiz sekilo ke sekilo 200 gram sebab pemintaan tinggi
Jika siakap bela yang mahal ialah saiz 800 gram kerana kedai ton yam hanya ambil saiz itu besar dia tak nak sebab tak boleh jual
Jadi makan kita kena bijak memilih walaupun kita bercuti dan kita kaya