NORMAN RADZUAN
Saya bukan hentam kromo ada masanya kritik membina
Kenapa kita katakan kerajaan gagal?
IA BERPUNCA KERANA PM & MENTERI YG GAGAL...
Kamu ini hanya tahu komplen tapi tidak beri apa2 candangan!
Sindir rakan FB yg mungkin pro kerajaan yg ada. Ya saya katakan ia gagal kerana
mereka gagal menguruskan Pandemik Covid19 dan ekonomi negara dgn baik. Seolah
olah tiada teamwork dan idea barisan kabinet Muhyiddin Yassin.
Sebenarnya siapa yg mengikuti penulisan saya... dari tahun lepas
saya telah berikan beberapa cadangan kpd kerajaan... saya bukan hanya tahu
hentam kromo sahaja. Hari ini sekali lagi saya akn berikan beberapa candangan
apa yg perlu dilakukan oleh kerajaan yg baru dan sepatutnya telah dilakukan
oleh kerajaan PN.
Saya berikan dalil kenapa kerajaan PN gagal...
1. Kerajaan PN terlalu rakus kuasa. Dari satu negeri ke satu
negeri mereka merampas kuasa hingga negeri Sabah menjadi ibu segala kluster yg
ada. Ketika kes hanya sekitar bawah 300 sehari tiba2 melonjak samada di Sabah
sendiri hingga tercetusnya ke Semenanjung akibat PRN yg lalu. Implikasi dari
PRN tersebut kes Covid19 seperti di luar kawalan hingga mencecah ke angka 21
ribu sehari dan kematian sudah melebihi 10 ribu.
2. Membenarkan rentas negeri ketika kes tinggi pada bulan Nov
dan Dis 2020. Akhirnya Malaysia lockdown pada Januari lalu kesannya ratusan
ribu peniaga kecil gulung tikar.
3. Membenarkan kilang2 terus beroperasi di mana kluster kilang
adalah penyumbang kpd 90% positif jumlah harian di Lembah Klang. Ini dosa
terbesar kerajaan PN kpd rakyat.
4. Membenarkan sekolah dibuka pada pertengahan Januari yg lalu
hingga tercetus kluster sekolah hanya dlm beberapa minggu sekolah dibuka.
Sdgkan pelajar dan guru belum divaksin lagi ketika itu.
5. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, KJ lewat beberapa bulan
dlm pembelian vaksin. Selain itu proses vaksinasi pada awalnya sgt perlahan
kerana tidak mencukupi dos vaksin. Lewat sebulan sudah cukup memberi impak yg
sgt besar dlm penyebaran virus dan vaksinasi.
6. Kerajaan terlalu fokus membeli MP hingga tidak menumpukan
bajet yg telus kpd fasiliti yg diperlukan oleh hospital2 kerajaan dlm
menghadapi Pandemik ini.
Baiklah itu antara sebahagian kenapa kerajaan PN gagal selain
tiada teamwork antara Menteri Kabinet kerajaan PN. Malah perlantikan Menteri
hanya sekadar memenuhi kuota dan bukan kerana kemampuan telah membuatkan
pengurusan negara terhadap Pandemik ini gagal sama sekali...Ia seumpama
melantik jurulatih hoki menjadi jurulatih badminton.
Apa sepatutnya dilakukan?
VAKSINASI
Tentulah pembelian awal vaksin dan proses vaksinasi punca krisis
ini berlanjutan. Utk kerajaan yg baru jgn ulangi kesilapan lalu. Pusat PPV juga
dikatakan punca berlaku jangkitan Covid kerana kepadatan kpd mereka yg panik
utk mendapatkan vaksin.
a) Sepatutnya gunakan kawasan parking Stadium Shah Alam, Stadium
Bukit Jalil, Stadium Cheras dan lain2 utk vaksinasi secara drive thru. Ia lebih
selamat dan lebih selesa. Walaupun berbaris panjang tetapi mereka berbaris di
dlm kereta dgn ada penghawa dingin tanpa perlu bimbang soal social distancing,
hujan atau panas. Tetapkan maksimum 4 org utk sebuah kereta.
Caranya ambil konsep drive thru yg ada. Stesen pertama utk
mengisi borang, stesen kedua utk penyerahan borang dan stesen ketiga utk
suntikan dos vaksin.
Proses begini boleh dilakukan di setiap daerah di seluruh negara
jika mahu... kenapa KKM atau Menteri langsung tidak proaktif dlm soal yg mudah
seperti ini?
b) Jika kawasan perumahan atau kampung jadikan Dewan Rakyat atau
Komuniti sebagai PPV kelompok. Jika kawasan perumahan atau kampung tersebut ada
3000 penduduk, KKM akn hadir utk 3 hari berturut turut utk penduduk di situ.
c) Utk pekerja2 kilang sepatut ada temujanji utk KKM hadir ke
kilang2 tersebut utk proses vaksinasi mengikut tarikh tertentu. Jadi tidak
perlu warga asing ini masuk ke dlm kwsan masyarakat atau warganegara utk
vaksinasi. Mana2 kilang yg mempunyai 300 pekerja ke atas perlu menjemput KKM
hadir ke kilang mereka.
PESAKIT Covid19
a) Dewan2 besar berhawa dingin seperti Dewan Konvensyen di
bandaraya (ibu negeri) setiap negeri dijadikan Wad pesakit Covid tahap 3 dan 4
dgn fasiliti yg sewajarnya. Tahap 5 sahaja akn dibawa ke hospital.
b) Dewan2 daerah pula akn ditempatkan sebagai Wad Pesakit Covid
stage 1 dan 2 utk dikuarantin.
c) Van Ambulan tidak perlu digunakan utk membawa pesakit Covid
atas dua faktor. Pertama kerana kekurangan ambulan, ramai pesakit Covid selepas
2-3 hari baru dibawa ke pusat kuarantin. Malah ada yg tidak dijemput langsung.
Kedua kerajaan sewa van2 sekolah atau travel agent utk membawa pesakit Covid
level 1/2 ke pusat kuarantin dan sekaligus dpt membantu ekonomi pengusaha bas
sekolah dan syarikat travel agent.
PELAJAR IPT & SEKOLAH...
a) Jika sekolah mahu dibuka wajibkan kesemua guru dan murid
divaksinasi. Utk tahun ini tangguh sebulan iaitu pada bukan Oktober baru sesi
sekolah bermula hanya utk pelajar Tingkatan 5 dan 6. Murid sekolah rendah atau
Tingkatan 1-4 sesi persekolahan diteruskan secara PdPR sehingga hujung tahun.
b) Minimum 50% pelajar di dlm kelas. Di mana penggiliran pelajar
bermula Isnin hingga Sabtu. Isnin 50% dan selebihnya pada Selasa. Bermakna
setiap murid akn ke sekolah hanya 3 kali seminggu secara penggiliran hari.
c) Pelajar IPT dan Pensyarah dan kakitangan Universiti juga
perlu divaksinasi sebelum Sem baru dibuka. Wajibkan swab test sebelum memasuki
kampus.
DANA KHAS UTK TOTAL LOCKDOWN
a) Kerajaan baru buatlah total lockdown termasuk kilang2 utk
tempoh 2 minggu sahaja. Ia cara terbaik utk memutuskan rantaian Covid19 selain
dlm tempoh tersebut dipergiatkan proses vaksinasi.
b) Dlm tempoh tersebut kerajaan yg baru boleh menggunakan dana
secara telus utk membeli fasiliti perubatan utk keperluan pesakit Covid19
seperti tong gas, ventilator dan sebagainya.
c) Serapkan segera Doktor kontrak ke jawatan tetap sebagai
motivasi utk mereka. Dgn kerajaan yg anti rasuah dan hanya ada 18 bulan sahaja
sebelum tamat tempoh PRU, bajet baru kerajaan nanti hendaklah 70% fokus kpd
soal yg berkaitan dgn Pandemik Covid19.
d) Lockdown atau PKP/PKPD bersasar mesti dilakukan dari semasa
ke semasa. Bagaimanapun jgn melibatkan satu daerah atau negeri... cukup sekadar
kawasan perumahan, mall atau tempat kerja yg mempunyai kes.
EKONOMI...
a) Apabila mencapai herd immunity 80% barulah ekonomi dibuka
secara perlahan lahan. Letak sasaran pada hujung Oktober ini.
b) Bermula dgn kedai2 mula dibuka dgn syarat mereka yg sudah
mempunyai 2 dos vaksin selepas 14 hari sahaja boleh memasuki mall, merentas
negeri, dine in dan sebagainya.
c) Sektor pelancongan domestik boleh dibuka dgn hanya menetapkan
pelanggan yg sudah divaksin 2 kali. Bagaimanapun sehingga keadaan kembali
stabil atau berlaku penurunan kes Covid baru dibenarkan pintu sempadan dibuka
semula kpd pelancong luar negara yg kurang berisiko.
Cukuplah sekadar yg penting2 dahulu utk dilakukan oleh kerajaan
baru nanti. Jgn ulangi kesilapan kerajaan yg lalu. Lantiklah mereka yg benar2
berkelayakan utk menjadi menerajui kementerian masing2.
Mansuhkan beberapa kementerian dan jawatan Duta khas yg mengarut
itu. Malah utk tempoh singkat ini hapuskan sementara jawatan Timbalan Menteri
agar bajet tersebut boleh digunakan utk membayar gaji2 Doktor kontrak kpd
jawatan tetap.