Sekarang ini semakin
banyak pihak beri pandangan, YDP Agong ada kuasa menolak jika PM mohon bubar
Parlimen. Baca.
Kenapa? Apakah itu yang diminta oleh PM bila
mengadap YDP Agong semalam? Apakah itu juga yang dibincang oleh PM bila
berjumpa dengan pemimpin PN di sebelah petangnya.
Banyak portal berita melaporkannya. Mungkin ada orang dalam bocorkan maklumat.
Pokoknya Muhyiddin mahu mencari “pintu keluar” bermaruah.
Meletak jawatan dianggap tidak bermaruah. Pengakhiran politik yang memalukan.
Letak jawatan umpama kiffarah. Dia pernah desak Pak Lah letak
jawatan dengan segera. Ketika itu Pak Lah bukan hilang majoriti jadi PM. UMNO
hanya hilang majoriti 2/3 untuk memerintah.
Bubar Parlimen umpama meludah ke langit. PN pernah tuduh UMNO yang mahukannya.
Pendirian UMNO jelas. UMNO mahu PM letak jawatan dan YDP Agong lantik caretaker
Prime Minister.
Apakah ada cara lain yang lebih bermaruah? Spekulasi
mengatakan PM boleh mengambil cuti sakit. Lantik pemangku PM. TPM dari PPBM.
Tetapi semuanya sudah terlambat. Kerajaan PN sudah kehilangan
majoriti. PM gugur, PN gugur sama. Angka 100 jadi musibah.
Percepatkan ke bulan Ogos usul undi percaya kepada PM di Parlimen atau letak jawatan dengan segera sahajalah.