Izin Tidak Bererti Redha


May be an image of text that says "Roman Akramovich Retweeted Hadi Azmi @amerhadiazmi 15m Dulu pernah cover Anthony Loke punya presser dekat LRT Putra Heights, pasal train service. In the PC some of us asked about Rantau by-election. His response: Maaf, saya tak jawab hal politik dalam majlis kerajaan, Terima kasih." 8 BERNAMA @bernamadotcom 35m Kenderaan membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassar memasuki Perdana Putra di Putrajaya pada 3.40 petang bagi menghadiri perjumpaan khas ketua- ketua parti dalam PN yang akan dipengerusikan PM Muhyiddin. Show this thread 0:03 7.7K views 98 184"








MOHD MUKHLIS

Hari ini kes kumulatif Covid-19 sudah jadi 1.3 juta dengan kematian sebanyak 11 ribu orang. 11 ribu ini bukan sekadar statistik; ianya kehilangan seorang suami, ketua keluarga, anak, ibu, bapa, rakan sekerja, doktor, jurutera, ustaz, ustazah, cikgu, frontliner. Ini semua adalah kehilangan asset-asset negara untuk masa hadapan. Dan terbukti kelambatan bertindak kerajaan adalah salah satu punca kenapa kes naik dengan mendadak. Tapi dengan kes kematian 200 ++ seharipun mereka masih gila berpolitik.

Benarlah yang Allah SWT tidak suka mereka yang berkhianat.

Tidak kita terfikir kenapa banyak musibah yang menimpa negara kita yang tak pernah lagi di alami sebelum ini? Itulah dahsyatnya akibat dari berkhianat dan melantik pempimpin yang khianat dan lemah.

Tengok bab salahguna premis kerajaan untuk kerja politik, hari itu ada menteri guna venue tentera untuk mesyuarat politik, Putrajaya di gunakan untuk kelangsungan nyawa politik dari berbicara hal ehwal rakyat. Beza dengan Menteri PH Anthony Loke yang tak mahu menjawap soalan politik di acara kerajaan rasmi kerajaan. Kalau bab yang sekecil macam ini pun mereka amanah, bayangkan bab duit rakyat sudah tentu lagi Amanah.

Benarlah kata Ibnu Taimiyah yang:

"Allah membiarkan bertahan negara yang adil sekalipun dipimpin oleh orang kafir; dan (Dia) tidak membiarkan [negara] zalim untuk bertahan sekalipun dipimpin oleh penguasa Muslim" dan "Dunia itu akan bertahan bersama keadilan dan kekufuran dan tidak akan bertahan lama dengan kezaliman dan dengan Islam"

Ini menujukkan rahmat Allah itu hanya akan datang dan turun jika pemimpinnya berlaku adil; tidak kisahlah sesiapa pun yang memerintah. Kini kita ada satu kerajaan Melayu Islam, tapi urus tadbir hancur, menteri kabinet yang saling berganti-ganti menayangkan keb0d0han untuk tatapan umum dan natijahnya rakyat yang makin menderita. Pasti akan ramai yang tersedar bahawa kerajaan Melayu Islam adalah satu utophia dan falasi, gah pada nama tapi rosak ke akar umbi.

Tapi kita sering tertanya, kenapa Allah takdirkan mereka memerintah menjadi kerajaan?

Sebagai umat Islam kita percaya dengan Qada dan Qadar Allah, kita juga percaya yang pada hari di tiupkan roh ke dalam rahim ibu kita, segala rezeki dan ajal sudah di tentukan. Sudah tentu boleh sahaja ALlah terus memasukan manusia ke dalam syurga dan neraka terus kalau Dia mahu tetapi Allah berikan peluang kita untuk hidup di dunia yang sementara ini.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Al-An'Am/6:32)

Dah Allah juga telah merakamkan permintaan orang yang zalim di hari akhirat untuk di kembalikan semula di dunia untuk bertaubat tetapi Allah telah menolak permintaan mereka kerana Allah tahu mereka pasti akan kembali berbuat zalim.

"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?”. [Ibrahim/14:44]

Ini Allah sebut yang penzalim itu semuanya adalah pendusta, jika di beri peluang kembali ke dunia, mereka masih akan mengulangi kezaliman mereka.

"Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka [al-An’am/6:28]

Allah tahu yang penunggang agama ini selalu berdagang ayat-ayat Allah demi sedikit habuan dunia, lalu Allah zahirkan apa yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka. Tanpa tertubuhnya kerajaan al-ghadr ini, kita tidak tahu orang yang 20 tahun berjuang bersama kita adalah pengkhianat. Kita tidak tahu orang yang mereka berpura-pura jadi king maker dan menipu pengundi sedangkan mereka sendiri sudah menyucikan kleptokrat tadi.

Kita juga kini tahu yang ada sarjana kedoktoran, muhaddisin juga boleh menjadi perisai pengkhianat. Kita juga tidak tahu yang "fatwa" pandai baca doa dan jadi imam solat bukan ciri-ciri pemimpin dalam Islam; dia berlaku zalim dengan jawata dan ilmu yang Allah beri sedangkan seluruh fuqaha bersetuju yang ciri-ciri pemimpin yang baik adalah yang Qawwi dan Amin.

Allah izinkan pengkhianatan pemimpin politik, mufti, sarjana dan ahli2 parlimen hanya untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang tertewas dengan ujian.

Allah izinkan pengkhianatan yang mereka rancang berbulan-bulan sampai mereka sanggup menjual Allah, rasul dan prinsip-prinsip yang mereka dahulu perjuangkan.

Cuma mereka lupa yang IZIN ALLAH JIKA TIDAK DATANG BERSAMA REDHANYA akan JADI ISTIDRAJ. Bila sudah kena istidraj ini yang mereka lagi hanyut. Makin kuat mereka memfaraid harta awam, pecat orang yang berkelayakan demi ghanimah politik, belanjawan negara di guna sesuka hati macam duit sendiri, parlimen di tutup kerana takut hilang kuasa dan pelik yang Allah terus mudahkan urusan mereka untuk terus merompak hasil negara.

Bantuan pada rakyat pun mereka sengaja lambatkan, pula tu di serah pada pimpinan politik tertentu, yang bantuan seratus hanya dapat 1/3. Mereka kira mereka hebat dapat menipu Allah, tetapi mereka sebenarnya menipu diri sendiri.

Saya juga melihat ini sebagai hijab yang Allah sengaja angkat untuk melihatkan hipokritnya Kerajaan Melayu Isley dalam perjuangan mereka. Dahulu siapa yang berani persoalkan pasal RUU355 terus dianggap kafir, kini mereka sendiri kata itu bukan keutamaan. Dulu fitnah Islam terancam tapi rakyat masih boleh berniaga, melancong, bermuamalat, solat Jumaat.

Kini BMF ke laut, kes arwah Adib KIV, Dong Zong tak di haramkan lagi, Komunis langgar perairan dan Israel terbang di ruang udara; bukan takat ruwaidbidhah yang senyap, mutfi serba tahu pun tak kata apa-apa; siap block orang lagi di sosial media padahal ini bukan takat Islam terancam, nyawa, harta benda, maruah semua terancam dan di zaman Kerajaan Melayu Isley. Yang tak terancam ialah menteri dan penasihat yang berganti-ganti di lantik untuk scheme of things.

Dahulu bila mereka kafirkan UMNO sebab UMNO tolak hudud, alasan mereka, yang jika mereka di bangkitkan nanti di akhirat mereka akan berjumpa Allah dengan mengadu yang UMNOlah sebab hudud tidak di laksanakan. Kini selepas di sertu, ada kemungkinan yang UMNO akan di kafirkan sekali lagi jika mereka hilang kuasa bab hudud ini.

Antara hikmah bila mereka mendapat kuasa dengan cara berkhianat ialah supaya bila mereka berjumpa dengan Allah nanti, langsung tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan hudud. Dahulu mereka salahkan UMNO, lepas tu salahkan DAP, kini mereka sudah ada kuasa, dan hudud masih tidak terlaksana, itu adalah salah mereka sendiri; nampaknya macam mizan kebaikan mereka sedang dikosongkan tapi mereka masih lagi tidak sedar dan bertaubat.

Sebab itu mereka selama ini tak pernah menang ikut jalan yang betul, Allah pinjamkan kuasa pada mereka dengan cara yang paling hina, sebab Allah hendak uji apa yang berada dalam hati manusia.

Bagaimana cara hidupmu, begitu jugalah pengakhiran riwayat mu.

Moga pengkhianat dan penasihat mereka nanti saling jamin menjamin antara satu sama lain.

WAllahualam.