NI BUKAN KERJA MENTERI AGAMA. PATUT DIA FIKIR MACAMANA NAK BANTU UMMAT
NORMAN RADZUAN
KENAPA MASJID2 TIDAK BERFUNGSI
Glad Tidings Church @ Sunway giving free food. Look at the
people from all races queuing to receive. Hunger cuts across all barriers.
Pihak gereja memang diakui bab kebajikan mereka memang utamakan.
Sebab itu sejak dulu ramai org Melayu yg terdesak akn pergi ke gereja memohon
bantuan. Bagi saya rasa sgt tercabar dan malu apabila pihak gereja selalu
mengatasi kita bab kebajikan.
Kita org Islam hanya tahu menghukum dan tahu mengutip duit
zakat. Bab ini org2 agama memang cekap. Persoalannya di mana fungsi ribuan
masjid? Di mana fungsi Pusat Zakat??? Sepatutnya Pusat Zakat menggunakan masjid
utk membekal food bank utk sesiapa yg memerlukan. Malangnya kita ada Menteri
Agama...selain sibuk menikah selebriti dia pergi ke Zoo.
Islam sebenarnya hebat tetapi yg menghancurkan Islam ialah
mentaliti umat Islam. Selain lembab berfikir, bagi mereka hanya cukup slogan
kami mahu hudud.. mereka sudah Islamik dan dijamin ke syurga.
Sdgkan Islam itu menjaga kebajikan hingga tertubuhkan Baitul
Mal. Tapi sayang mereka hanya tahu mengutip wang tapi tidak tahu bagaimana
menguruskan utk tujuan asalnya Baitul Mal tersebut.
Sewajarnya Masjid2 dgn kerjasama Pusat Zakat menjadi bank
makanan. Di mana ratusan juta simpanan zakat? Islam tercemar kerana org agama
hanya tahu menghukum, hanya tahu menghafal hadis tetapi tidak tahu bagaimana
menguruskan negara. Tapi mereka tetap mahukan jawatan tersebut demi keseronokkan
dunia.
Org Melayu terkenal sgt takut dgn gereja. Kitab Injil di dlm
laci hotel pun mereka sudah ketakutan mcm nampak hantu. Ketakutan mereka
samalah seperti ketakutan termakan babi. Tetapi apabila mereka sanggup ke
gereja berbaris panjang utk mendapatkan bekalan makanan... mereka sudah tidak
peduli lagi ketakutan tersebut.
Org Melayu sanggup membunuh diri dan mereka sudah tidak peduli
hukumnya. Semua ini terjadi kerana apa? Org Melayu lemah cara mereka berfikir
dan hanya tahu sebut hari ink kes 9k, esok kes 10k... dan membebel 'kenapa org
tu gak mahu stay at home'. Ia satu kebodohan org kita.
Org Melayu hari2 membebel perkara yg sama. Tapi mereka tak mahu
mencari puncanya. Contoh org Melayu bila demam dia hanya tahu pergi klinik
ambil ubat. Kenapa dia kerap demam dia tak ambil tahu. Ada tak dia terfikir dia
kerap demam sebab kurang minum air, tidak makan sayur, kena hujan, kuat merokok
dan sebagainya.
Begitulah dgn pandamik ini. Mereka hanya kata rakyat tak
berdisiplin. Inilah kejayaan org politik kerana berjaya melahirkan persepsi (
dakyah politik ) kes tinggi kerana rakyat bukan salah kerajaan.
Org Melayu mudah di tanamkan persepsi hingga mereka tak tanya
kenapa vaksin lambat sampai, kenapa proses vaksinasi perlahan, kenapa kilang2
91% tidak ditutup, kenapa dahulu Genting Highland tidak tutup.... akhirnya
mereka keliru dan politikus2 terus mengambil kesempatan dari ketakutan yg
ditanamkan kpd rakyat utk terus seronok dgn projek2 direct nego mereka, dgn
gaji puluhan dan ratusan ribu mereka.
Seperti kata DS Najib... kerajaan sengaja membuat silap
menguruskan pandemik kerana mereka perlukan numbers utk kekal sebagai kerajaan.
Tapi sayang masih ramai org Melayu yg hidup kepartian dgn semangat Melayu
walaupun jika bukan dirinya tetapi org sekeliling dlm keperitan dia tetap akn
berkata syukurlah ini bukan kerajaan DAP.
Saya sgt kesal kegagalan Muhyiddin dan Azmin menguruskan negara.
Lebih malang mereka tidak mahu menyerah kalah dan mengakui kelemahan
tersebut.Mereka sebenarnya tidak serius pedulikan nasib rakyat! Duit lebih byk
ditaburkan kpd pemimpin2 daripada kpd rakyat.
Mereka terus memikirkan siapakan ahli Parlimen yg mahu dibeli?
Bagaimana caranya utk kekal menjadi PM. Terpulang rakyat... anda sendiri boleh
menentukan nasib anda sendiri.
PKPP sudah, PKP sudah, PKPD sudah, ribuan kematian angkara
Covid19 sudah, ratusan bunuh diri sudah, jutaan kehilangan pendapatan sudah,
stay at home sudah... yg tak sudah2 kilang2 beroperasi dan Muhyiddin tetap mahu
jadi Perdana Menteri.