Naik kesian pula saya kepada sdr Kamal Amir Kamal Hijaz setiap
malam dia melepas geram dan melahirkan kemuakan kepada para pemimpin Umno. Apa
yang dia pening dan tak reti nak fikir, apabila mereka bercanggah antara satu
sama lain. Masing² ada pendapat tersendiri dan tidak akur dengan keputusan
parti yang diumum presiden Zahid Hamidi 7 Julai lalu.
Bila Zahid kata Umno tarik diri menyokong Mahiaddin dan desak
Mahiaddin letak jawatan, ada pula pemimpin lain suruh Zahid yang lepas jawatan.
Percanggahan dan conflict itu menyebabkan Kamal Amir tak reti nak berfikir. Dan
naik bingung dia dengan gelagat partinya itu,
Saya tak ada kuasa untuk nasihat kawan saya itu agar berhenti
merepek kepada pemimpin Umno, tak boleh, lagi pun kerana dia ahli Umno dia
perlu bertanggjawab dan memberi pencerahan setiap malam.
Cuma saya nak kata beginilah kepada Umno ini; para pemimpinnya
sudah hilang kompas dan akal, semuanya mengikut haluan seniri dah jadi macam
candol putus ekor. Tahu macam mana cendol putus ekor?
Cendol sejenis kueh yang melampong dalam air dan persis ikan²
yang hidup. Bentuknya panjang menirus, seperti berkepala dan berekor. Mirip
berudu. Bila dimasukkan dalam air ia melampong dengan bahagia ekor dibawah
kepala di atas.
Tetapi kalau bahagian tirus itu terpotong cendol tidak terampong
lagi. Ia akan berputar putar tidak tentu hala. Begitulah pemimpin Umno macam
cendol putus ekor daa.... Trims.