Ini statistik Covid19 yang kerajaan PH berjaya tangani dengan
hanya 22 kes dan sifar kematian pada tarikh kerajaan PH dikhianati dan mandat
rakyat dirampas oleh pengkhianat. Ketika itu, menteri kesihatan fokus tangani
bersama TPM, Kak Wan yang turut membantu hinggakan mereka terlalai tentang ada
beberapa kelompok sedang merancang untuk khianat.
Kerajaan PH tidak menyangka disaat wabak Covid19 memasuki negara
ini, terdapatnya sekumpulan berhati busuk dan tamak mahu merampas kuasa.
Kononnya mereka mahukan kerajaan baru melayu Islam yg lebih baik hinggakan
tergamak merampas mandat rakyat pada PRU14 yang lalu.
Nah, perbuatan haram dan khianat tidak akan mendapat keberkatan.
Negara dijauhi dari kasih sayang Maha pencipta hinggakan bala bencana semakin
buruk. PM berpenyakit dan tercirit dan menteri2 pula makan gaji buta. Rakyat
kelaparan hinggakan ramai yang membunuh diri.
Masih juga tidak sedar diri. Sekarang mereka agih-agihkan kuasa
dan jawatan. Menteri yang gagal naik pangkat. Menteri yang lalai hinggakan
pesawat asing boleh ceroboh negara ini dapat naik pangkat menteri kanan.
Menteri semburit terus round merata ke luar negara tanpa satu sen pun pelaburan
luar dapat dibawa. Ugamawan sudah menjadi ulamak terompah kayu. Menteri agama
pula sibuk bertahnik bayi, susun tuala wanita dan beri makan gajah di zoo.
Rakyat terus lapar dan sesekali datang insan yang memberi bantuan. Kita jaga
kita. Rakyat jaga rakyat. Prmimpin jaga jawatan.
Inilah akibatnya tidak mensyukuri rahmat Allah. Kemenangan PH
suatu rahmat tetapi kita biarkan ianya dirampas. Kerajaan PH bukan ditolak oleh
rakyat, tetapi tumbang akibat pengkhianatan. Redho lah kita sekarang. Masa
belum terlambat. Kita ada pilihan.
Pilihan antara dua, samada mahu kekalkan kerajaan haprak ini
atau wujudkan kerajaan baru dengan pimpinan baru yang sudah lama rakyat
nantikan iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau adalah tokoh sebenar yang mampu
lakukan reformasi setelah Mahathir hancurkannya.
WFAUZDIN NS