BUNUH DIRI - MEREKA MATI BUKAN KERANA VIRUS COVID


May be an image of 1 person and text that says "MEMERANJATKAN! Jumlah kes bunuh diri Di Malaysia Tahun 2019 609 Kes Tahun 2020- 631 Kes Sekarang, 2021 Jan- Mac (336 kes) Apr-Jun (????) seterusnya..??? dan, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh Ketua Wanita KEADILAN"

Memang menakutkan angka ini. Bayangkan, baru tiga bulan tahun ini sahaja, iaitu Jan hingga Mac tahun 2021 sudah ada 336 kes bunuh diri iaitu lebih dari separuh tahun-tahun sebelumnya. Bagaimana dengan suku-suku tahun berikutnya? Astaghfirullah..

Na'uzubillah. Mohon Allah jauhkan dari kita semua dan selamatkan negara ini. Kita perlu sama-sama membantu dan berganding bahu bersama mana-mana pihak yang sedang berusaha untuk menamatkan kerajaan bangsat tanpa mandat rakyat ini. Kita wajib berdiri teguh di belakang Raja-Raja Melayu dan Agong yang mahukan Parlimen bersidang SEGERA dan SECEPAT MUNGKIN. Masalah negara yang semakin kritikal ini perlulah dibincangkan segera oleh semua pihak dan tempatnya adalah di Parlimen. Kita yang sedang tertekan di bawah ini, suara kita harus dibawa oleh Wakil Rakyat yang kita pilih. Mengapa harus dihalang?

Hukum bunuh diri di dalam Islam adalah berdosa besar. Pihak yang menjadi punca kepada orang yang membunuh diri itu tidak boleh berlepas diri di akhirat nanti.

Nik Abduh yang bodoh itu menyatakan jika susah pun tidak perlu kibar bendera putih, berdoalah saja dengan Allah. Sesekali dia bersuara, terus nampak bodoh. PRU nanti, jangan sesiapa tolong pacak bendera bulan, suruh saja dia berdoa sambil gentel telor.

Golongan rakus dan aparat ini wajib kita lawan. Sebelum gejala bunuh diri ini semakin menggila seperti gilanya Covid19 sekarang, maka kita tiada pilihan selain dari menentukan kerajaan zalim dan rakus ini akhirnya akan menyembah bumi.

WFAUZDIN NS