HAMDAN TAHA
Asalamualaikum sahabat
Kita sebenarnya negara yang masih bergelut dalam semua hal
terutama hal ekonomi dan covid 19 dan masih tidak nampak bila boleh berjaya
Malangnya sedang kita berdepan dengan semua ini Kerajaan dan
Politik negara pula tidak kuat dan setiasa bergolak dari bawah sampai lah
pimpinan tertinggi negara
Sekarang kita pula di beritakan Perdana Menteri kita sakit dan
kita tak tahu sejauh mana seriusnya penyakit yang sedang di alami oleh beliau.
Bagi saya kerana sejarah beliau yang pernah mengidap Kanser sudah tentu ada
kaitan dengan penyakit tersebut
Kita tidak bersetuju macam mana pun terhadap beliau kita perlu
doakan supaya beliau sihat semula,kerana jika PM tidak boleh bekerja dengan
baik dan tumpuan kepada negara kita akan berdepan dengan masalah lebih berat
dan panjang
Tetapi pendapat peribadi saya sudah sampai masanya Tan Sri betul
betul berehat dan lupakan hal ehwal negara dan politik malaysia yang kelam
kabut ini
Serahkan negara kita ini kepada mereka yang akan di tentukan
Allah swt dan semua parti parti politik melalui ahli parlimen kita seramai 220
Cukup lah tan sri lagi pun keadaan negara sekarang tidak
bersesuaian dengan tan sri
Rakyat dan masyarakat akan lebih menghormati tan sri jika di
waktu sukar ini tan sri menyerahkan semula jawatan perdana menteri tersebut
Semua kehidupan di dunia ini tan sri dah rasa,tan sri lah satu
satunya perdana menteri malaysia yang merasa kesemuanya
Menjadi timbalan menteri
Menjadi Menteri Besar
Menjadi menteri pusat denagn berbagai kementerian...
Menjadi timbalan perdana menteri
Menjadi Perdana Menteri
Sehebat Tun Dr M beliau tak pernah jadi Menteri Besar
Sehebat Najib walau pun dia juga pernah jadi MB tapi tak pernah
berada dalam dua kelompok kepimpinan parti dia hanya melalui umno,tapi tan sri
dari umno dan sekarang Bersatu...tan sri memang hebat...
Tungku dan tun razak juga tak pernah lalui sebanyak jawatan
macam tan sri begitu juga Pak Lah
Jadi semua Tan Sri Dah Rasa Dalam Dunia Ini
Sampai Lah Masanya Berikan Pada Orang Lain Pulak
Harta Kekayaan Tan Sri tidak terjangka banyaknya
Tak ada apa dah nak di kejarkan lagi di dalam dunia ini
Signal dari Allah dah sangat sangat Jelas
Bukan satu satunya Jalan masuk syurga Allah ini dengan memegang
jawatan perdana menteri sampai mati
Banyak lagi jalan untuk masuk ke syurga dan masa yang ada
sepatutnya waktu waktu berehat untuk Tan Sri dan keluarga
Saya amat yakin para Dr Juga minta supaya Tan Sri banyakkan
rehat dan bertenang
Cukup lah sejarah membuktikan Tan Sri Adalah Salah Seorang
Perdana Menteri Malaysia....yang sejarah itu bukan semua orang ada...