MEREKA TIDAK SEDAR AKAN BERTEMBUNG DIKAWASAN YANG SAMA DAN SUDAH TUA BELAKA

 

HAMDAN TAHA


Gabungan Pas, UMNO, Bersatu wujudkan gagasan 'Melayu Raya' - Pas | Astro  Awani

Minggu ini heboh kisah pemimpin umno yang dalam kerajaan buat perjumpaan berbincang bagaimana untuk kekal berkuasa

Kemudian heboh pula seorang timbalan menteri dari parti pas atau parti islam bernikah lagi melalui on line dengan khadi dari siam setakat malam ni belum ada penafian mengatakan itu fitnah...(saya ni bab nikah lagi ni saya sokong tampa bantahan,tapi isunya cara mereka bernikah jadi satu tanda tanya)

Sebelum tu heboh kisah bendera putih yang mana mejoriti rakyat Faham dan tampa bantahan bersetuju jika berlaku kesusahan apa saja sila kibar bendera putih,tiba tiba berlaku perdebatan antara pemimpin pas dan rakyat biasa dalam isu ini...membawa kepada kenyataan mb kedah menolak keras pengunaan bendera putih dan kerajaan tidak akan membantu) mb kedah lupa bahawa kempen bendera putih ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan...kempen itu dari rakyat kepada rakyat.......

Berbalik kepada isu ahli parlimen umno seramai 25 orang katanya bersiap sedia untuk menentang presiden dan berlawan arus sampai ke tahap tidak kisah jika di pecat kerana mereka yakin mereka boleh bertanding semula mengunakan tiket Bersatu dan bersedia berlawan umno semula di kawasan masing masing

Mereka lupa kali ini keadaan berbeza,rakyat cukup celik politik dan juga ahli parti juga amat celik politik,mereka lupa bahawa yang kebanyakan YB umno tu dah berpenggal penggal lamanya dah jadi MP zaman sekarang bukan macam dulu,lagi lama lagi orang menyampah....

Contoh Nazri Aziz,Mastura kuala Kangsar,Idris yusuf,KJ dan ramai lagi lah di kalangan mereka yakin bahawa kerusi itu menang bukan kerana parti tapi kerana mereka,mereka berpendapat Parti iaitu Umno yang menumpang populariti mereka bukan mereka menumpang populariti parti

Jika dari perlis Zahidi padang besar yang sebenarnya bagi saya dah sepatut rehat sahaja kerana faktor kesihatan yang tahap tak sesuia jadi pemimpin pun,begitu juga Shaidan Kassim kedua dua mereka ni yakin jika di pecat mereka bertanding atas tiket apa pun mereka menang,kerana umno menumpang pengaruh mereka,bukan mereka menumpang umno

Bagi saya kali ini jika ada PRU keputusan boleh jadi macam macam dan pelik pelik dan rakyat akan cuba menolak sekeras kerasnya para pemimpin yang lompat ke sana ke sini untuk kuasa peribadi

Akan ada kempen besar besaran secara senyap dan terbuka mengajak rakyat tolak siapa sahaja di kalangan calun yang mengkianati parti masing masing dengan bertanding pula dengan parti baru dan lambang baru

Apakah ketua bahagian dan ahli bersatu di tempat tempat mereka boleh biarkan begitu saja tempat mereka di serah kepada musuh mereka tak kan lah ketua bahagian bersatu ni tak ada maruah

Mereka fikir ada pas dan bersatu bersama mereka maka akan menang besar dan umno parti lama mereka sudah tak ada penyokong kerana mereka merasakan orang melayu 80 peratus akan sokong PN dan bukan umno atau PH,jadi mereka dengan mudah menang

Itu sebab mereka berani

Saya teringgin sangat nak tengok kali ini rakyat sokong parti atau orang secara pukal...

Kita tunggu

Tapi umno lupa bersatu dan pas juga dah lama bercita cita nak bertanding di tempat mereka bertanding sekarang

Jika 25 +10 yang dah lompat dari awal maka ada 35 kerusi secara auto kena serang pada MP sekarang bertanding

Apakah 35 pemimpin Pas dan Bersatu dah tak ada telur ke dengan mudah beri kepada calun lompat pengkianat umno jadi calun mereka,saya tak fikir semudah itu capuanya