Umno yang telah dibuli oleh Bersatu setahun lebih di dalam
kerajaan tebuk atap tetapi hingga kini di kalangan mereka masih tidak sedar
diri. Akar umbi Umno jelas mahu Umno tarik diri dari menyokong kerajaan PN yang
telah membuli mereka, namun kluster menteri dari Umno nampaknya lebih sayangkan
jawatan mereka berbanding suara akar umbi.
Ada yang tuduh Anwar gilakan kuasa. Hakikatnya, lihat sendiri
siapa yg bergolak sekarang? Keadilan kekal tenang. Anwar terus buat kerja di
Parlimennya di Port Dickson. Anwar setiap hari bercakap soal rakyat, soal
Covid19. Anwar hanya menanti sesiapa sahaja yang mahu usir kerajaan gagal ini
dan mahu bersamanya membentuk kerajaan baru dengan agenda reformasinya, ayuh,
silakan bersama. Tanpa paksaan, tanpa ugutan jauh sekali tawaran jawatan
seperti yang Muhyiddin lakukan dulu.
Anwar bersama PH solid memiliki 91 MP, (tanpa Warisan dan
Pejuang) sudah cukup jauh lebih ramai dari Umno yang hanya ada 38 MP dan jika
dibandingkan dengan Bn pun, PH tetap unggul di hadapan. Jika Umno kembali
bersama Muafakat Nasonal bersama Pas sekalipun, mereka cua ada 56 MP sahaja. PH
tetap di hadapan. Maka, jika ada jajaran baru di antara PH dan Umno sekalipun,
tidak masuk akal untuk menidakkan Anwar sebagai ketua kepada jajaran baru
tersebut.
Suka atau tidak, jika kerajaan PN ini ditumbangkan, maka tokoh
yang paling layak untuk menjadi PM adalah Anwar Ibrahim. Ya, Anwar tidak
menjanjikan Najib atau Zahid dibebaskan sepenuhnya dari kes mahkamah mereka
tetapi Anwar boleh beri jaminan bahawa di bawah kerajaan baru yang beliau
terajui nanti adalah sebuah kerajaan reform yang menjanjikan kebebasan sistem
kehakiman dari pengaruh politik. Jika benar Najib dan Zahid tidak bersalah,
inilah peluang mereka untuk membela diri masing2 tanpa campurtangan politik.
Apakah jaminan ini akan diperolehi jika Umno terus bersekongkol dengan kerajaan
PN?
Justeru itu, Umno hanya perlu rendahkan diri sedikit, buang
sifat ego sekiranya benar Umno berjuang untuk kepentingan rakyat. Sekarang ini
rakyat melihat Umno adalah di antara satu parti selain dari Pas yang bersubahat
mempertahankan kerajaan yang menyusahkan rakyat sekarang. Apakah Umno bersedia
untuk dihukum oleh rakyat di dalam PRU15 akan datang? Kita lupakan Pas kerana
Pas adalah 'pelacur politik' yang akan sokong sesiapa sahaja yang berkuasa.
Seteruk2 "unta tua' itu sewaktu jadi PM bawah kerajaan PH, Pas pernah
menyatakan menyokong 'unta tua' berkenaan. Kini, Pas sokong PM yang tercirit
itu pula. Abaikan Pas, biarkan si luncai terjun dengan serban2nya.
Keadilan khususnya, kami bersedia untuk menjadi kerajaan semula
bersama PH dalam masa terdekat jika ditakdirkan. Kami juga telah bersedia untuk
menempuh PRU15 jika itu kehendakNya. Persoalannya, apakah rakyat boleh bersabar
menanti PRU15 dua tiga tahun lagi di dalam keadaan ramai yang telah bunuh diri
sekarang? Umno tentu ada jawapannya.
WFAUZDIN NS