Memang menakutkan angka ini. Bayangkan, baru tiga bulan tahun
ini sahaja, iaitu Jan hingga Mac tahun 2021 sudah ada 336 kes bunuh diri iaitu
lebih dari separuh tahun-tahun sebelumnya. Bagaimana dengan suku-suku tahun
berikutnya? Astaghfirullah..
Na'uzubillah. Mohon Allah jauhkan dari kita semua dan selamatkan
negara ini. Kita perlu sama-sama membantu dan berganding bahu bersama mana-mana
pihak yang sedang berusaha untuk menamatkan kerajaan bangsat tanpa mandat
rakyat ini. Kita wajib berdiri teguh di belakang Raja-Raja Melayu dan Agong
yang mahukan Parlimen bersidang SEGERA dan SECEPAT MUNGKIN. Masalah negara yang
semakin kritikal ini perlulah dibincangkan segera oleh semua pihak dan
tempatnya adalah di Parlimen. Kita yang sedang tertekan di bawah ini, suara
kita harus dibawa oleh Wakil Rakyat yang kita pilih. Mengapa harus dihalang?
Hukum bunuh diri di dalam Islam adalah berdosa besar. Pihak yang
menjadi punca kepada orang yang membunuh diri itu tidak boleh berlepas diri di
akhirat nanti.
Nik Abduh yang bodoh itu menyatakan jika susah pun tidak perlu
kibar bendera putih, berdoalah saja dengan Allah. Sesekali dia bersuara, terus
nampak bodoh. PRU nanti, jangan sesiapa tolong pacak bendera bulan, suruh saja
dia berdoa sambil gentel telor.
Golongan rakus dan aparat ini wajib kita lawan. Sebelum gejala
bunuh diri ini semakin menggila seperti gilanya Covid19 sekarang, maka kita
tiada pilihan selain dari menentukan kerajaan zalim dan rakus ini akhirnya akan
menyembah bumi.
WFAUZDIN NS