Lelaki ini kata Mageran perlu ditolak, kini waktunya realisasikan idea Kerajaan Perpaduan

 


Lelaki ini kata Mageran perlu ditolak, kini waktunya realisasikan idea Kerajaan Perpaduan

Ada yang kata idea Mageran ini datang dari Kerajaan hari ini bagi mempertahankan kuasa, Bagi aku tidak, Jika itu kehendak mereka.. Dah pasti semalam tidaklah kelam kabut Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin, Marzuki Mohamad tiba tiba bersiaran tegas menolak idea MAGERAN kononnya datang dari UMNO..

Awal kepada idea ini aku dengar dari Najib dan Lokman Nor Adam sejak tahun lepas bertujuan membubarkan Parlimen, Dan hari ini Tun Mahathir melontarkan idea yang sama.. Tun sendiri kata ianya mustahil diterima dan akan ditolak Kerajaan… Bagi aku itu pasti.. Mana mungkin Muhaidin mahu melepaskan jawatannya..

Jika Mageran dilaksanakan, Hampir dari 80% Menteri dan Timbalan Menteri ini akan kehilangan jawatan mereka..Tidak lebih 10 orang akan menganggotai jawatankuasa Mageran..Belum lagi termasuk jawatan dalam GLC, Itu sebabnya PAS kini kelam kabut beristiqamah Mempertahankan PM Muhaidin..

Apapun aku bersetuju jika idea yang dilontarkan Tun Mahathir dalam perutusan Khas Febuari tahun lepas sebelum Kerajaan PH tumbang, Satu Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang diwujudkan bagi mendepani krisis Pandemik Covid-19 dan Ekonomi, Bagi aku idea ini paling Realistik dalam keadaan Politik hari ini untuk memastikan kestabilan Politik dan Ekonomi.

Bagi aku, Kerajaan hari ini betul betul gagal.. Satu kepimpinan baru Negara perlu dibentuk, Tak kisahlah siapa pun mengetuai Kerajaan.. PM Interim perlu dilantik mengetuai Kerajaan.. kalau Istana ada keberanian memilih Ds Anwar, Bagi aku itu pilihan tepat..Aku ucap Alhamdulillah..

Kalau Tun dipilih pun aku tidak ada masalah asalkan idea asal Tun menjadikan PH yang mendapatkan mandat rakyat dalam PRU 14 sebagai teras sambil pintu dibuka kepada semua parti menganggotai Kerajaan.. Ini masanya memberhentikan Politiking..

Bila wujudnya Kerajaan tanpa Pembangkang bukan bermaksud kita perlu menutup pintu Parlimen.. ia amat Berbeza dengan Dharurat ala PN atau Mageran tahun 1969 dipimpin Tun Razak.. Apapun yang paling penting adalah Kestabilan Politik dan Ekonomi.. Realiti Politik hari ini tidak ada mana mana blok parti dapat menubuhkan Kerajaan yang kukuh dan Stabil.

Tapi sebagaimana aku sebut dari tahun lepas, Kita kena berpijak atas realiti Politik.. Terutama Politik yang diikat atas teras Ashabiyah Melayu Islam.. akhirnya ia terpulang kepada Istana.. Malah Istana boleh memilih selain Ds Anwar dan Tun Mahathir pun..

Ini bukan masanya kita nak bincang siapa yang layak jadi PM.. Parti dan Blok mana yang sepatutnya menguasai Kerajaan.. Pembangkang PH dan Blok Selain mereka kena bersatu atas prinsip yag sama..

Waktu ini adalah waktu kita berfikir untuk Negara.. Negara kita perlu diselamatkan dari Kerajaan Khianat dan Gagal ini… Perdana Menteri dan Kerajaan perlu segera diganti dengan Kerajaan yang baru.. 🙂

Ipohmal

No comments: