Total lockdown' di seluruh negara disambung sehingga 28 Jun


Irwan Muhammad Zain
'Total lockdown' di seluruh negara disambung sehingga 28 Jun
Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' PKP 3.0 di seluruh negara yang bermula 1 Jun lalu, disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun.
Menurut Menteri Pertahanan Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.
Senarai positif/negatif dan prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

No comments: