Jika benarlah apalah yang dikatakan...
MUHYIDDIN KENA GAME...
Jika benarlah apa yang dihebahkan di medial sosial dan group
whatsapp tentang sokongan SD sedang diaktifkan... saya sedikit pun tidak berasa
hairan cuma merasa kecewa Muhyiddin boleh mempercayai Jemin dan tidak nampak
perancangan tersebut.
Mempercayai Jemin yang telah mengkhianati DS Anwar, mengkhianati
PKR/PH dan mengkhianati mandat rakyat adalah seperti mempercayai Tun sudah
berubah.
Muhyiddin hanya dijadikan boneka. Sebab itu kita dapat melihat
Tun tidak menyerang Hisham dan Jemin dalam 16 bulan PN memerintah. Dia hanya
menyerang Muhyiddin...walaupun perancang utamanya Langkah Sheraton ini adalah
kedua bisan tersebut. Pandangan saya Muhyiddin sebenarnya keseorangan dan
bolehlah dianggap dipergunakan utk sementara seperti Pak Lah dulu.
Apa yang dia mahu adalah mengangkat Hisham dan Jemin. Jemin
diserap ke dalam Bersatu dan apabila Hisham menjadi PM adalah lebih mudah untuk
mengalihkan sokongan Ketua-ketua Bahagian menyokong Hisham dan meninggalkan
Zahid Hamidi mahupun Najib. Bersatu dan UMNO akn mudah disatukan dan Tun akan
lebih mudah dapat menggunakan kedua parti Melayu tersebut.
Adakah ahli Bersatu akan marah jika Presiden mereka hilang
jawatan? Tanya saya tidak jika jawatan-jawatan dalam kabinet dan Jemin terus mengekalkan
jawatan GLC dan lain-lain hingga jawatan Ketua Kampung kepada ahli Bersatu.
Yg ahli Bersatu akn marah jika dihijack dan mereka hilang segala
jawatan bergaji/elaun. Muhyiddin akn ditinggalkan keseorangan dan kariernya
sebagai org politik akn berakhir begitu sahaja dgn cara terhina.
Mastermindnya seperti kita jangka dan itulah yg kita nasihati
kpd Bang Mat jgn terpengaruh. Atok tu akn cuba lakukan apa sahaja dgn style
lamanya pecah dan perintah. Asal bukan Anwar Ibrahim menjadi PM. Kpd Muhyiddin
adalah kesilapan besar apabila dia boleh mempercayai kelicikan Jemin.
Keseronokkan sementara...
Artikel ini hanya pandangan peribadi penulis. Boleh jadi
pandangan ini betul boleh jadi tidak...
Dari meja ~ Norman Radzuan