BOB KELANANG
Satu perkara jelas yang menjadi persoalan seluruh rakyat yang
"terkesan" adalah apa tindakan proaktif Kerajaan Malaysia dalam
membantu rakyat menghadapi Total Lockdown 3.0 ini... setakat apa yang
dilihat... tiada apa pun tindakan tuntas dari pihak kerajaan..."
Alasan yang kerajaan berikan adalah Kerajaan telah berbelanja
RM600 bilion sepanjang fasa perlaksanaan PKP termasuklah lockdown 1.0 sehingga
kini...
Tapi apa yang rakyat dapat lihat... nilai RM600 bilion itu tidak
nampak turunnya kepada rakyat melainkan ianya pergi kepada Institusi besar
seperti bank dan korporat... paling lawak... yang turun betul kepada rakyat
adalah duit rakyat sendiri melalui dana KWSP dalam program i-Sinar dan
i-Lestari...
Lockdown tetap berlaku... tapi tiada bantuan khas untuk rakyat...
bank pula masih mengejar semua peminjamnya walaupun peminjam itu sekarang ini
tiada sumber kewangan...
Macam jilaker semua ini...