Gempar! Mawar akhirnya dedah ‘tangan kotor’ yang sebarkan gosip cinta dengan Menteri PAS

 

Gempar! Mawar akhirnya dedah ‘tangan kotor’ yang sebarkan gosip cinta dengan Menteri PAS

Usahawan Mawar Karim mendedahkan wujudnya ‘tangan kotor’ yang sengaja menyebarkan gosip berbaur fitnah tentang hubungan istimewanya dengan pemimpin PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali demi kepentingan politik.

Menerusi satu tangkap layar perbualan WhatsApp yang dimuat naik dalam InstaStory, Mawar atau nama lengkapnya, Mawar Abdul Karim, 32, memberi gambaran seolah-olah isu tersebut sengaja dilakukan barangkali demi menjatuhkan reputasi seseorang atau menutup pekung isu-isu negara yang lebih penting ketika ini.

“Minta kerahkan semua orang sebarkan bahan yang kita ada. Pastikan media-media, terutama orang yang kita bayar jadikan ‘headlines’ esok. Masa dah suntuk,” arah seseorang difahamkan berstatus ‘Datuk’.

Arahan itu kemudian dibalas oleh seseorang barangkali ‘cybertrooper’ atau orang suruhan yang dibayar individu berkenaan: “Baik Datuk. Saya akan masukkan dalam ‘page’ dulu kemudian arahan blasting (sebaran) kita minta semua jalankan peranan masing-masing.”

Individu berstatus Datuk itu kemudian membalas: “Anda jangan bimbang. Kita nak pastikan isu diam letup habis-habisan sampai lumat. Mood rakyat akan sambut apa sahaja asalkan dari menteri-menteri.”

Individu juga berkongsi satu keratan artikel yang telah berjaya disampaikan kepada umum dengan bait kata: “Kena banyakkan lagi keluar macam ini. Saya nak isu sampai pada orang-orang PAS.”

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan isu apa yang dimaksudkan, sama ada benar-benar ingin menjatuhkan reputasi seseorang atau mengalihkan perhatian rakyat yang kian tersepit selepas negara mencatatkan kes positif Covid-19 harian tertinggi semalam iaitu hampir 10,000 kes.

Mawar yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu mempersoalkan taktik busuk individu terbabit.

“Saya ada beberapa perbualan ‘Datuk’ ini yang motif sebenarnya? Hmm.

“Seronok sangat ke dapat sebar berita fitnah ya? Apa maksud ‘masa dah suntuk?’ Apa motif dan apa agenda orang yang digelar ‘Datuk’ ini’.

TANGKAP layar daripada InstaStory Mawar yang membuka plot baharu dalam  cerita gosip hubungannya dengan Khairuddin.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut berkongsi sekeping gambar mendedahkan orang suruhan ‘Datuk’ berkenaan tergolong daripada gambar yang telah dikongsikan.

“Minta perhatian Tun M tiada mengena dalam hal ini. Tuan-tuan jangan libatkan Tun M, ya.

“Tak sangka salah ‘seorang’ antara yang menjadi orang suruhan ‘Datuk’ penulis, penyebar dan pereka cerita-cerita fitnah orangnya salah seorang dalam gambar. Terima kasih kerana anda telah menyebar fitnah dengan jayanya.

Sejak Rabu lalu, tular maklumat dalam aplikasi WhatsApp berhubung Mohd. Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Perasing, di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei lalu.

Dalam mesej tular tersebut, ketika ditahan, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar.

Sebelum ini, Nora turut terkena gosip hubungan istimewa bahkan dikatakan sudah bernikah dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa namun kedua-dua pihak menafikan perkara tersebut.