BETUL LA TU TAK DITAHAN


LEBAI LEBONG


Khairuddin nafi ditahan di SJR Perasing, akan ambil tindakan undang-undang


Mengikut takrifan undang-undang... adalah benar Khairuddin At-Takiri tidak ditahan di SJR Perasing pada 16 Mei 2021... betul dia tidak ditahan.

Khairuddin At-Takiri hanya diperiksa sahaja semasa di Sekatan Jalan Raya (SJR) Perasing... kenderaannya diperiksa kerana dia tidak ada dokumen kebenaran rentas negeri yang diperlukan... DAN kenderaan itu dikenalpasti membawa penumpang yang tidak berdaftar.

Sebab itu kenderaan Khairuddin At-Takiri tersebut diperiksa oleh anggota PDRM yang bertugas... ini SOP biasa... ini carakerja biasa... persoalannya sekarang ini... kenapa Khairuddin At-Takiri bertegas mengatakan yang dia tidak melakukan kesalahan... sedangkan ianya memang telah mengabaikan keperluan surat kebenaran rentas negeri...

Adakah hanya kerana dia Menteri Persekutuan... maka Khairuddin At-Takiri boleh memandang ringan kepada undang-undang yang memerlukan beliau mendapatkan surat kebenaran rentas negeri..?? Ini sesuatu bentuk penyalahgunaan kuasa... ini satu bentuk rasuah...

Takkan la orang yang katanya faham bab agama boleh melakukan perkara sebegini.

Takkan lah kan????