Oleh : MSO
Semalam Anwar Ibrahim meninjau proses pemberian vaksin di pusat
pemberian vaksin di PPV di Daerah Petaling di Sunway Pryramid Convention
Centre. Anwar bukan memegang apa² jawatan tertinggi negara. Beliau hanya ahli
parlimen biasa Port Dickson dan selaku ketua pembangkang di Parlimen.
Namun kerajinan, prihatin menjenguk dan bertanya khabar rakyat
sangat mengkagumkan dan terkalah kita semua olehnya. Beliau benar-benar
menghambakan diri buat rakyat tanpa mengira kaum dan lapisan. Rakyat adalah
dirinya.
Beliau tidak pernah meletehkan dirinya. Beliau tidak pernah diam
bercakap menyata kebimbangan dengan wabak Covid dan meneteskan berbagai idea
dan solusi mengatasi Covid. Saya kira Covid menjadikan beliau kurang tidur dan
tidak senang duduk.
Bayangkan kalau masa ini beliau berada ditempat Mahaiddin Md
Yassin. Keadaan tidak jadi kelam kabut seperti hari ini. Sifatnya yang telus,
tegas akan dapat mengatasi setiap masalah muncul.
Tentunya beliau tidak ada masa rehat. Menteri di bawahnya juga
tidak boleh main-main. Dilengsingnya. Beliau boleh lakukan berkali ganda lebih
baik daripada apa yang Mahaiddin lakukan.
Yang pastinya beliau akan berkomunikasi dan intraksi setiap hari
dengan media massa. Beliau sosok yang mesra dan tahu berhadapan dengan
media.-massa dan tidak pernah gentar ditanya apa jua. Mungkin dalam suasana
kritikal seperti hari ini beliau akan adakan sidang media setiap hari bukan
hanya mengeluarkan kenyataan dua tiga para atau membuat perutusan.
Pagi tadi beliau hubungi saya minta nombor telefon beberapa
orang rakannya. Walhal rakan itu sudah lama tak bertanya khabarnya. Tetapi
beliau masih mengingatinya dan mahu berhubung sendiri bertanya khabar.
Itulah Anwar sisi dalamnya yang tidak ramai orang tahu dan
merasainya. Trims.
- MSO
Foto: Beliau di PPV di Seri Petaling diambil dari Twitternya.