BERAPA HARGA SEBENAR VAKSIN?

 

GINO MARVERA

Tempoh hari karya di sini menulis berkaitan 2 juta vaksin percuma di Pulau Pinang yg tidak mahu di luluskan oleh tebuk atap. Mereka katakan 2 juta vaksin percuma itu adalah scam dan sykt tersebut tidak berdaftar. Kami masih diam tidak mahu menyentuh hal harga utk melihat apa reaksi menteri tebuk atap ini semua.

Ekoran dari itu, rakyat berjaya mengetahui harga vaksin di pasaran dunia yg berlegar di media sosial. Cumanya rakyat masih tidak mengetahui harga sebenar yg di kenakan oleh Pharxxxxxga di kala kerajaan telah meluluskan peruntukan melalui bajet 2021 & RM5bilion dari kwan.

Ya, memang saluran derma vaksin itu terarah dari Hong Kong, tapi tidak mengetahui siapa gerangannya.

Apa yg berlaku setelah puak atap ini menyatakan vaksin & sykt yg nak derma di katakan sbg scam, puak tebuk atap ini cuba menghubungi wakil agar pihak tersebut beli vaksin dari Pharxxxxxga dan tidak terus dr sumber pengeluar vaksin.

Di luar negara, satu botol vaksin buleh di suntik 3-5 orang. Dan sebotol harga purata di luar negara ialah USD15-25.

Beberapa hari lepas Malaysia dh ada isu suntikan kandungan dos vaksin dalam picagari TIDAK MENCUKUPI. Individu tersebut telah di panggil semula untuk cucuk sekali lg. Setelah itu barulah KKM arahkan barisan doktor tunjukkan terlebih dahulu dos picagari di hadapan mata peserta vaksin.

Nah...bukankah tadi GM kata sebotol vaksin buleh di suntik 3-5 peserta? Faktanya dh di depan mata, telah berlaku kekurangan dos suntikan sekali gus membuktikan pihak pengeluar vaksin membekalkan guna botol kecil & bukan siap masuk ke picagari.

Ini adalah apa yg tebuk atap takutkan...

Ada pihak telah mendedahkan harga vaksin sinovac yg di edarkan dalam Malaysia oleh sykt Pharxxxxxga tersebut berjumlah hampir RM380/ dos suntikan. Wow... !!!

Di China, sykt farmasi pengeluar vaksin berjenama sinovac iaitu Sinovac Biotech Ltd dari Beijing hanya mengenakan cas hanya RM15 sahaja. Jika 2x vaksin lengkap bagi setiap pesakit, harganya baru RM30 sahaja!

Siapa yg ambil peluang di saat musibah pandemik covid 19 menular di Malaysia ? Sendiri fikirlah...

Inilah sebab mengapa Parlimen itu harus berfungsi, agar semak & imbang itu berlaku kerana setiap belanja peruntukan adalah wang hasil cukai rakyat. Berpuluh kali rakyat kata, Parlimen buleh berfungsi walaupun dalam keadaan darurat.

Si kuning dh tengok masalah sebegini, depa ni buleh buat-buat tak kisah ja. Rakyat risaukan krisis wabak dan ekonomi negara. Tapi tebuk atap ini cuba bermatian panjangkan lg darurat sementelah akta jangkitan dan pengurusan wabak itu dah mencukupi sedia ada.

Apa yg buleh kalian belajar dr sini yg di tunjukkan oleh tebuk atap itu sendiri... menunjukkan bahawa mereka tidak kompeten dan GAGAL!

Ya, kami nak lihat dahulu signal KJ dan menteri tebuk atap yg lain dalam hal ini. Usah habiskan peluru dalam suatu masa, cukup satu persatu utk melihat gelagat yg ada.

Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel