PM AKAN DATANG SIAPA LAGI KALAU BUKAN ANWAR?

 

Keluhan & Harapan MSO



May be an image of 1 person

Selepas Dr Mahathir Mohamad berundur daripada menjadi perdana menteri kali pertama pada (2003) kita terus menanti-nanti kehadiran seorang yang sama

hebat

dengannya. Penggantian beliau oleh Abdullah Ahmad Badawi tidak memenuhi harapan kita semua. Abdullah gagal meneruskan legasi yang ditinggalkan Mahathir.

Abdullah dapat merasakan ketidakmampuannya lalu mengambil keputusan meninggalkan jawatan (2009) dan diserahkan kepada Mohd Najib Razak. Najib dikira sebagai pemuka atau angkatan muda, tokoh pemimpin pasca Merdeka. Najib dianggap jenerasi ketiga negara ini.

Awalnya Najib berjaya mengarcakan dirinya sebagai pemimpin disayangi, berjiwa rakyat, lemah lembut. Tetapi sayang rona itu tidak cukup untuk menjadikan beliau terus disayangi. Kerana kurang cermat dan terkambus dengan kuasa, akhirnya Najib memusnahkan dirinya sendiri.

Dengan kekalahan BN dalam Piraum 2018 kita kira negara akan berubah dan memasuki dimensi baru apabila PH membentuk kerajaan baru. Bagaimana pun kemenangan PH itu tidak dapat memenuhi harapan rakyat untuk melihat perubahan secara total kerana ia dikapalai untuk kali kedua oleh Dr Mahathir Mohamad, bukannya Anwar Ibrahim, atau tokoh yang bernuansakan reformasi.

Dengan kedudukan politiknya yang sudah lemah tidak sehebat seperti tahun 1980an, sepanjang tempoh menjadi PM fasa pertama Dr Mahathir tidak dapat bertahan lama. Kedegilannya dan perasaan beliau masih

hebat

mendapat sokongan rakyat walhal kemenangan dan menjadi PM kali kedua hanya atas simpati PH, menyebabkan beliau tidak bertahan lama.

Dr Mahathir menyedari kelemahan dan berundur secara dramatik dan penuh taktikal.

Pengunduran Dr Mahathir memberi peluang kepada Mahiaddin Md Yassin menjadi perdana menteri orang yang tidak pernah dibayangkan. Kerana itu kemampuan, kebolehan dan masalah sedang dihadapi Mahiaddin kini sudah diketahui umum. Mahiaddin tidak mampu menjadi perdana menteri. Kelemahan beliau menjadi seorang ketua negara menimbulkan persoalan umum kepadanya yang memperolehinya secara non halal.

Kesimpulan, Dr Mahathir, Abdullah Badawi, Najib Razak dan Muhiaddin sudah diberi peluang oleh rakyat menjadi pemimpin utama negara ini. Namun ketiga-tiga pengganti Dr Mahathir tidak mampu memuaskan hati semua orang berbilang kaum di negara ini kerana mereka gagal menandingi kehebatan Dr Mahathir.

Suka atau tidak, yang ditunggu kini adalah Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai perdana menteri. Jawatan itu bukan mutlak hak Anwar, tetapi dilihat kepada iltizam dan komitmen beliau dan harapan orang ramai, maka beliaulah satu-satu calon akurat. Tunjuk siapa lagi tokoh yang setanding dengan Anwar? Kalau ada pun Musa Hitam, tetapi Musa pun sudah melewati musim, sama seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Apa lagi Musa sudah lima meninggalkan jelumun politik. Sementara Abdul Hadi Awang awal-awal mengatakan tidak minat dengan jawatan itu.

Justeru selepas Mahiaddin berundur kita berharap berilah peluang kepada Anwar. Sekiranya pilihan raya akan datang, ayuh kita menyokong Anwar untuk beliau menjadi PM, kerana selain Anwar kita tidak memiliki orang lain sepantas beliau buat dewasa ini. Trims.

- MSO