Kenapa kita gagal dan terburuk rangking dunia?
ARIZ FAZRIF
Ini gambar terbaru sahabat FB saya Awan Ghazi yg menetap di
Merlbourne, Australia. Di sana seperti beberapa negara mereka tidak perlu
memakai mask lagi. Malah di England ribuan penonton boleh menyaksikan Liga EPL
di dlm stadium walaupun mereka mempunyai varian baru yg lebih bahaya. Saya
sebenarnya rindu utk berjalan jalan di kota raya tanpa memakai mask seperti
kwn2 saya di bandaraya2 South Australia, NZ dan beberapa negara lagi.
Kenapa negara kita pula makin teruk dan lebih memalukan paling
teruk di dunia hampir menyamai ranking indeks rasuah negara di peringkat
antarabangsa? Ini kerana pengurusan negara sgt teruk. Negara kita teruk kerana
tiada ketelusan dan kerajaan terus bermain politik sehingga rakyat menjadi
mangsa.
Kita parah seperti skg kerana kerajaan PN berpolitik ketika
Pandemik apabila merampas 5 negeri, pengurusan tanpa check & balance
apabila Parlimen ditutup, SOP double standard, tiada ketelusan harga vaksin yg
mahal dari negara2 lain ( tiada keberkatan ), vaksinasi yg lembab, SOP yg
berubah rubah, demi kuasa sanggup menggadaikan rakyat Sabah apabila berlaku PRN
negeri hingga impaknya satu Malaysia kes meningkat dan terbaru hari ini sistem
pendaftaran Vaksinasi gagal.
Masalah disiplin rakyat hanyalah sebilangan kecil menyumbang kpd
peningkatan kes hari ini. Ia berpunca dari pengurusan kerajaan sendiri. Rakyat
sudah bosan apabila mereka dihukum sdgkan kayangan dan selebriti bebas ke sana
sini. Malah kerajaan tidak menyediakan dana khas utk penutupan ekonomi sehingga
warganet teruk menghentam kerajaan saban hari dgn sindiran2 pedas.
SOP yg lemah...Contoh di Sabah kerajaan tidak benarkan rentas
daerah atau Zon utk tempoh 7 hari. Namun bandaraya KK tetap sunyi sepi
menjelang hari raya kerana puluhan ribu telah pulang dari tarikh tersebut. Bagi
ipar saya, 7 hari memang cuti raya setiap tahun yg mereka ambil jadi tiada
masalah utk mereka tetap pulang ke kampung masing2.
Kenapa negara ini gagal diuruskan dgn baik? Dahulu siapa yg
menjadi Menteri adalah kalangan mereka yg benar2 diyakini mampu melakukan
kerja2 mereka. Sebab itu mereka dihormarti dan nama2 mereka mudah diingati.
Tapi zaman Najib dan terbaru Muhyiddin mereka melantik kalangan mereka yg mampu
berhujah mempertahankan PM sekaligus kerajaannya. Pendek kata siapa kuat kipas
dia akn dilantik.
Akhirnya muncullah org seperti Noh Omar Tajuddin, Nazri Aziz,
Annuar Musa, Shahidan Kassim, Azeez Rahim dan ramai lagi. Di zaman Muhyiddin
lebih teruk apabila lantikkan Menteri bukan kerana kepakaran apatah lagi
integriti tetapi sekadar memenuhi kuota parti semata mata utk menyokong
kerajaan pengkhianatannya. Hinggakan mereka yg kalah hilang deposit masih boleh
dilantik sebagai Tim Menteri... sgt memalukan.
Lihatlah mereka yg menjadi Menteri, Tim dan Pengerusi GLC.
Nampak mereka buat kerja? Tak hairan bila ramai kakitangan kerajaan komplen
mengatakan Menteri skg tidak tahu buat kerja.
Malangnya rakyat kita tidak nampak kenapa kes kita meningkat
mendadak. Mereka menyokong kehancuran buat negara. Ia kerana reverse psychology
kerajaan menjadikan rakyat dikambing hitamkan apabila kes meningkat. Ya
kerajaan berjaya menipu org kampung tapi bukan semua rakyat Malaysia boleh
dibodohkan semudah itu.
Sdgkan 3 bulan rakyat sanggup berkurung, rakyat redha perniagaan
ditutup, rakyat redha dibuang kerja... bantuan yg tiba hanya dari wang simpanan
rakyat. Hanya sedikit dari kerajaan itu pun kpd kelompok tertentu. Ke mana
perbelanjaan ratusan billion duit rakyat yg tanpa ditapis di Parlimen itu
digunakan? Itu wang rakyat...!!!
Lihat hari ini rakyat atau warganet mengamuk apabila gagal
mendaftar vaksinasi....salah siapa? Jgn alihkan isu rakyat lari dari
vaksinasi... sdgkan berjuta yg sudah berdaftar masih gagal mendapat vaksinasi.