https://www.facebook.com/582359128946985/posts/1170230050159887/
PKP 3.0 di Malaysia telah banyak menyusahkan ramai pihak
disebabkan syarat-syarat yang telah diumumkan oleh kerajaan. Terutamanya kepada
peniaga-peniaga dan rakyat. Pengumuman kerajaan mengenai langkah dan
syarat-syaratnya lebih kita lihat ingin menyelamatkan kerajaan berbanding
rakyat.
Seperti kita sedia maklum, tempoh perniagaan telah disingkatkan
kepada jam 8 malam. Dimana waktu itu adalah waktu kemuncak untuk para peniaga
mencari rezeki dan waktu pembeli untuk membeli makanan atau keluar membeli
barangan. Jadi, adakah ini dikira membantu rakyat dalam menjana ekonomi untuk
kerajaan? atau sekadar syarat untuk tidak memberi bantuan sepenuhnya kepada
rakyat kerana dengan alasan boleh berniaga?
Tindakan kerajaan ibarat "memberi sebuah kereta tanpa
minyak" memberi kebenaran tetapi dengan syarat yang tidak relevan untuk
para peniaga dan orang awam untuk mencari rezeki.
Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula
waktu perniagaan para peniaga dan orang awam untuk menyelesaikan urusan harian
mereka. Kami juga menggesa kerajaan untuk memberi bantuan penuh kepada setiap
rakyat seperti bantuan pkp 1.0 dan pkp 2.0 sepanjang tempoh perlaksanaan pkp.