Soal-jawab Anwar angkat sumpah
Jadi ke tak jadi ni? Bila Anwar nak angkat sumpah?
-Banyak yang berlaku sejak DSAI mengadap minggu lepas, macamana pun kena ikut proses dan undang-undang, tak boleh main rempuh saja. Junjung titah Tuanku
Kenapa Anwar pergi mengadap tak bawa senarai nama? Pergi interview tak bawa sijil?
-Musuh memang nak tahu sangat senarai nama ni untuk mereka halang, sampai katanya heret polis suruh tanya di Bukit Aman. Ini rahsia lah, Muhyiddin Yassin masa mengadap dulu pun tak bawa senarai, ingat tak?
Yang surat tu kata UMNO sokong Anwar tu betul ke tak?
-Ini rumit sikit nak cakap, sebab ada yang kata palsu tapi nampak betul. Tapi kena ingat, yang sebar surat ini geng Azmin melalui MalaysiaNow, Chegubard dan Hilman. Kenapa mereka nak sebar surat palsu dan kenapa geng mereka sendiri; KJ dan Hishamuddin menggelabah?
Bagaimana jika surat tu betul?
Maknanya kerajaan PN dah jatuh kerana UMNO dah tak sokong PN secara en bloc. Soalnya bagaimana mereka boleh dapat surat yang dihantar hanya kepada DYMM YDPA? Kehadiran pegawai tinggi istana negara ke rumah Muhyiddin Yassin juga menimbulkan tanda tanya samada berkaitan
Bila Anwar nak angkat sumpah ni? Tak tahan dah ni!
-Kena ikut proses dan peraturan, mana pula sekarang PN sendiri cuba halang dengan tawarkan jawatan agar ahli parlimen kekal sokong MY. Hal ini didedahkan oleh Ku Li yang ditawarkan pengerusi Petronas. Kerajaan ini bertahan dengan rasuah jawatan
Dalam dua tiga hari lepas banyak rundingan dalam berlaku untuk sekat Umno keluar PN. Yang kita tahu, Umno desak MY pecat 4 menteri dari UMNO, termasuk Annuar Musa dan Hishamuddin. Mereka ni dah lupa diri, kata Umno.
Selain itu, selepas mesyuarat Biro Politik SUA Umno minta Bersatu setuju perjanjian bertulis jika mahu kekal bersama dalam PN. Walaupun tiada yang rasmi, ada beberapa tuntutan yang dikatakan bocor, antaranya:
-UMNO mahu semua kerusi tradisinya pada PRU15, Bersatu tak boleh kacau sepertimana dia buat di Sabah masa PRN
-Jawatan Menteri KDN (yang disandang Hamzah Zainuddin, operator MY yang halang Bung Mokhtar jadi KM Sabah dan bagi kat Bersatu Hajiji) dan jawatan Menteri ekonomi yang disandang Azmin Ali.
-Menteri-menteri UMNO sekarang digugurkan diganti dengan lantikan baru ikut jawatan dalam parti.
Tiga syarat ini cukup memberi racun kepada MY, jika minum sekarang pastinya beliau akan mati pada PRU akan datang. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, satu rombakan kabinet yang terus menyuap ahli parlimen agar senyap #RombakanRasuah.
Semua ini cubaan untuk mengelakkan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan esok dari memutuskan untuk keluar dari PN secara rasmi dan melumpuhkan PN. Ketika itu DYMM YDPA perlu memilih PM baharu atau bubar parlimen. Logiknya bubar parlimen bukan idea yang baik pada saat pandemic ini.
Jadi siapa musuh utama Anwar sekarang?
Masa yang paling kuat melawan DSAI, setiap hari tertunda maksudnya membiarkan satu hari dibawah kepimpinan lembab Muhyiddin Yassin yang hanya kekal berkuasa dengan merasuah orang dengan jawatan. Sabah sedang parah, namun tiada usaha langsung untuk membantu rakyat, malah berani membuka tabung derma dan meminta rakyat menjadi sukarelawan percuma.
Hari demi hari, kita makin perlukan sebuah kerajaan yang kuat dan berfungsi. Berdoalah agar proses DSAI menjadi PM berlaku dengan cepat dan lancar.
Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.