BOB KELANANG
Cadangan A Kadir Jasin agar para menteri, timbalan menteri, menteri besar
disekolahkan sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan Harapan sangat
disokong.
Mungkin ayat digunakan Kadir itu kasar tetapi itulah hakikat
yang berlaku kini. Ada menteri perlu di sekolah, bukan sekolah rendah sahaja,
tetapi ada yang perlu masuk ke pra-sekolah.
Jika ada menteri, timbalan menteri, kurang cerdik, kekok, masih
terpinga-pinga, terkial-kial untuk menjalankan tugas, kita tidak perlu kesal
sangat, sebab hakikat yang kena sedar mereka adalah orang baharu yang cetek
pengalaman sebagai pentadbir, pemimpin dan diplomatik kerajaan. Ini kita kena
akui.
Pun begitu kekurangan itu bukan alasan untuk memaafkan mana-mana
menteri yang lambat untuk jadi cerdik atau pun tidak tahu membaca, mengeja dan
mengira.
Menteri persis ini adalah yang “benak”. Orang benak jika diajar
berkali-kali pun payah untuk faham. Benak satu hal jika dicampur dengan
sombong, jadi benak sombong lagilah sukar. Yang benak sombong ini tidak mahu
mengaku kelemahan, tetapi masih perasaan dirinya pandai.
Pandangan dan kritikan Kadir itu harus diterima semua pihak
kalau mahu melihat kerajaan hari ini bertahan lama. Daya tahan kerajaan dan
usianya bergandung kepada rakyat. Bila rakyat terutamanya penyokong cemuh,
marah, kerajaan boleh jatuh dalam sekelip mata sahaja. Rakyat bagaikan api yang
menyala akan membakar hangus apa yang ada.
Banyak aspek yang menteri baharu perlu disekolahkan. Dari sikap
dan cara berfikir. Seperti kata Kadir untuk mengharap Dr Mahathir mendidik,
bukan masanya lagi. Masa untuk mendidik sudah berlalu, sebab Dr M sudah pun
“bersara” dari alam persekolahan, mengajar.
Makanya menteri kena belajar sendiri, ada inisitif untuk
mempelajari sendiri seluk beluk pentadbiran, belajar berfikir untuk mencungkil
idea-idea yang baik demi rakyat. Juga belajar untuk membuang gaya dan sifat
yang memuakkan rakyat besar diri dan mula egois bila ada jawatan.
Untuk mengenal diri dan stail Dr Mahathir, sebelum ini saya
pernah cadangkan agar menteri membaca buku DOKTOR UMUM - Memoir Tun Dr Mahathir
Mohamad. Dari buku itu banyak dapat dipelajari apa dilakukan Dr Mahathir dan
juga mengenal dirinya sebagai seorang pemimpin yang sukses. Dari buku dapat
mengenali beliau sebagai seorang Doktor, sebagai seorang PM, seorang rakyat
biasa, seorang pemikiran dan segala-galanya.
Banyak ilmu-ilmu untuk muncul menjadi seorang menteri yang baik
dan kredibale. Jalan dan ilmu pengetahuan dibentangkan dalam memoir itu sangat
berguna.
Iya untuk mendapat dan mendampingi Dr Mahathir bagi mencungkil
segala rahsianya, sudah tidak mungkin kerana batasan waktu dan keadaan. Tetapi
bukulah menjadi penggantinya dan makenisme terbaik untuk mempelajari dan
memikirkan tentang kesuksessannya menjadi PM 22 tahun. Nah baca. Saya tidak
dapat pasti berapa ramai menteri yang sudah menghadam buku berkenaan. Atau
masih ada tidak pernah dengar dan pegang buku berkenaan. Agak malang kalau ada
sebagai seorang politik tidak mengambil peduli buku itu.
Dr Mahathir mungkin terfikir hal ini, — kelemahan dan kegagalan
beberapa orang menterinya, tetapi masakan beliau perlu menyuruh dan memaksa
orang membaca bukunya. Sepatutnya semua mengambil inisitif sendiri.
Saya percaya sudah ada sikap baharu dikalangan menteri kini
selepas mereka menajdi menteri. Mereka belajar berdisiplin dan bekerja segigih
Dr Mahathir Mohamad. Ini sudah bagus. Apa yang dirasai oleh seorang rakan saya
yang jadi menteri, jelasnya bahawa beliau sedang diajar cara memimpin seperti
Dr Mahathir.
Saya tidak perlu menuturkan apa-apa kelemahan yang ada kepada
menteri, kerana sudah kerap kita menegurnya. Apa yang diluahkan dalam media
sosial bukan semuanya bersifat dengki dan benci, tetapi ada kebenarannya.
Malanglah kalau anda berasa lontaran dalam media massa mengenai anda sebagai
benda remeh dan tidak level anda.
Dalam pada itu yang perlu belajar bukan sahajha menteri tetapi
orang di sekeliling menteri juga — para pegawainya. Dari setiausaha sulit
kepada setiausha politik, setisusaha akhbar dan pegawai khas, harus, juga
mereka semua kena belajar. Cukuplah belajar cara pakai tie atau cara berjalan,
tetapi apa harus difikir dan dilakukan melengkapkan anda sebagai seorang pegawai
membantu jaya menteri bukan menambah kelemahan dan keburukan menteri.
Jika anda juga macam menteri anda, kurang pengalaman, cari dan
temuilah bekas-bekas pegawai atau setiausaha menteri untuk menimba ilmu
daripada mereka. Jaya dan gagal menteri terletak kepada sejauh mana peranan
dfan fungsi anda.