JAWAPAN KEPADA PERSOALAN YANG DITIMBULKAN AUNCAI


Dalam tempoh hingga Selasa ini...Cybertrooper PN yang terlena dibuai jawatan akan mula kelihatan. Pastinya tubuh Anwar akan diserang siang dan malam bagi mempengaruhi rakyat dan menakut nakutkan MP-MP yg sedia ada....

Jadi di sini dibekalkan jawapan kepada soalan-soalan yang akan diserang nanti....jangan maki hamun dan jawab dengan berkhemah dan fakta....

1. Anwar gila kuasa !

Jawab : Orang yang gila kuasa sebenarnya adalah orang yang sudah tidak ada majoriti tetapi masih ingin menjadi Perdana Menteri...atau yang dah jadi PM 2 kali mahu jadi PM 3 kali... keduanya sebenar benar gilakan kuasa.

2. Pemimpin PAS kata Anwar mahu apa?

Jawab: Pemimpin PAS takut Anwar kenapa ?

3. Anwar tidak fikir nasib rakyat kerana mahu ambil kuasa MUSIM COVID?

Jawab: Masa Muhyiddin jatuhkan kerajaan PH seterusnya Johor, Kedah, Perak dan Sabah adakah masa tu MUSIM SALJI? 

4. Mengapa perlu Anwar mahu juga jadi PM sekarang.

Jawab: Mengambil semula mandat rakyat. Mengambil semula atas sokongan MP. Ambil semula tanpa PRU sepertimana sebelum ini. Jika Muhyiddin berjiwa besar dan fikirkan keselamatan rakyat, beliau akn serahkan dengan jalan mudah.

5. Kenapa Anwar bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin UMNO?

Jawab: Adakah kerajaan sekarang ini bekerjasama dengan  pemimpin-pemimpin PEJUANG, AMANAH atau DAP? Tetap bersama pemimpin-pemimpin UMNO. Kita pilih mudarat yang lebih ringan.

6. Tak malu jika Agong tolak?

Jawab: Samada Agong terima atau tidak... terserah. Yang penting kita ada jumlah MP yang cukup dan lebih stabil bawa mandat rakyat untuk selamatkan negara dari kerajaan yang sudah di luar kawalan. Jadi malu apa?

7. Kerajaan Anwar membelakangi Melayu?

Jawab: Kali ini majoriti besar adalah MP Melayu.

8. Rakyat tidak mahu Anwar?

Jawab: Rakyat atau Mahathir, Muhyiddin, Azmin Ali, Daim dan Kharuddin yang tidak mahukan Anwar ?

Untuk rakyat yang menyokong Anwar.... kita terus berdoa. Samada berjaya atau tidak atau diterima Agong atau tidak... kita serahkan sahaja kebijaksanaan baginda. Kita bukan mahu PRU semula tapi mahu peralihan kuasa secara aman. Kita sebagai hamba jangan alpa untuk terus berdoa serahkan pada Allah...





No comments: