Muhyiddin dan Azmin mencipta sejarah buruk negara apabila
menubuhkan kerajaan melalui pengkhianatan mandat rakyat dan menjadi anggota
kabinet melalui 'tebuk atap'. Kerja hianat mereka dan gerombolannya telah
dipermudahkan dengan bantuan orang tua 95 tahun yang munafik, tidak sedar diri
diuntung dan pendendam kepada Anwar.
Umno, Pas dan beberapa parti lain bukan 'hero' utama siri
pengkhianatan ini, tetapi mereka sebagai parti politik sudah pastinya tidak
akan melepaskan peluang untuk mendapatkan keuntungan politik. Asalnya pendirian
Umno dan Pas agak mulia dan terpuji apabila memutuskan tidak mahu bersubahat
dengan pengkhianat ini dan mereka mahu Parlimen dibubarkan sebaik sahaja si tua
itu meletakkan jawatan sebagai PM. Namun, iman mereka tidak kuat dan terpesona
dengan berbagai tawaran yang diberikan oleh pengkhianat. Parti lebai lupa
kepada serban di kepala dan jubah labuh yang dipakai dek kerana umpan duniawi.
Mereka lupa kisah kerajaan Perak yang dikhianati dan dirampas pada tahun 2009,
sewaktu MB nya adalah dari parti mereka. Mereka kini 2 X 5. Prinsip Islam
hilang entah ke mana.
Anwar terus istiqomah dan mengepalai PH untuk mengembalikan
semula hak rakyat. Apatah lagi di dalam situasi kritikal Covid dan ekonomi
serta pengangguran yang semakin teruk, Anwar terus bersabar dan berusaha
mencari jalan agar negara ini dapat diselamatkan dari kehancuran hasil kerja
pengkhianat. Usaha Anwar ini dilihat begitu ikhlas kerana beliau selalu
bercakap tentang ekonomi dan rakyat. Beliau tidak menyerang individu yang lain
seperti si tua haprak itu yang tidak pernah lekang mulutnya menyerang dan
memburukkan Anwar meskipun kuasa telah hilang dari tangannya. Mungkin,
kesabaran dan keikhlasan Anwar inilah berjaya menambat hati beberapa MP lain
untuk memberikan kepercayaan kepada tokoh reformasi ini. Mungkin tidak semua
ikhlas menyokong, tetapi jangan kita menolak kesemuanya. Asalkan sokongan itu
tidak disebabkan oleh tawaran atau habuan seperti yang dilakukan oleh PM
sebelum ini, itu sudah cukup baik.
Tugas Anwar sekarang adalah membuka 'atap' untuk menghalau 'saka
jahat' keluar yang selama ini merasuk rakyat. Dari mana 'saka; itu masuk, dari
situlah kita akan nyahkan. Kebenaran akan mengatasi kebathilan, cuma masa
menentukan. Kuncinya adalah kesabaran di dalam usaha dan tawakkal kepada Allah.
Semoga Allah permudahkan kerja2 baik dan mulia ini. Kita mahukan negara yang
dirahmati dan diberkati agar rezeki dari bumi, laut dan langit mencurah2 datang
memberikan nikmat kepada seluruh rakyat Malaysia.
WFAUZDIN NS