BOB KELANANG
Sebelum ini negara dikejutkan dengan 'Langkah Sheraton' yang
digerakkan oleh Azmin Ali sehingga menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH)
yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan.
Langkah yang dibuat oleh Azmin itu mendapat sokongan dari
sebahagian ahli parlimen dari dalam PKR sendiri sehingga parti tersebut
berpecah kepada dua kem. Ahli parlimen yang menyokong Azmin sekarang
bersama-sama beliau di dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Namun segalanya tidak berjalan dengan lancar bagi kem Azmin.
Apabila ura-ura mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai cukup
sokongan untuk membentuk kerajaan yang baru, terdapat ahli parlimen dari kem
Azmin yang mula mengalihkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.
Menurut sumber dalaman, pertemuan telah diatur bagi membolehkan
keempat-empat ahli parlimen tersebut bertemu dengan Anwar bagi menyatakan
sokongan masing-masing.
“Sehingga kini segalanya positif dan berjalan dengan lancar”.
Apabila diajukan soalan siapakah ahli parlimen yang bakal
memberikan sokongan itu, pimpinan PKR masih lagi mengunci mulut dan enggan
mengulas lanjut berkaitan isu tersebut.
Sudah pastinya ahli parlimen yang membuat pusingan “u-turn” itu
adalah dari kalangan mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Kini Anwar Ibrahim
mula mendapat sokongan dari ahli parlimen yang lain selain dari Pakatan Harapan
untuk membentuk kerajaan Malaysia yang baru.
Sehingga kini senarai penuh sokongan terhadap Anwar kekal
menjadi misteri dan tiada sebarang pendedahan rasmi dibuat terhadapnya. Anwar
hanya akan dedahkan senarai itu setelah selesai menghadap Seri Paduka Baginda
YDP Agong.