AHLI PARLIMEN UGUT AHLI BAWAHAN

 

HAMDAN TAHA


Ahli parlimen Bagan Serai telah mengugut seorang wanita Umno di Bagan Serai kerana post kan seperti di bawah. MP kesayangan pemimpin Umno ini sangat beruntung kerana dua penggal dapat menjadi calun Umno dan Bn....tapi sangat membenci Umno dan Bn....

Dia di beri peluang bertanding pada PRU ke 13 kononnya jika ambil calun Umno susah nak menang. Maka muncul lah nama dia ini dan kebetulan baik dengan seorang SETPOL. Abang dia pula masa itu pengampu no 1 Dato Najib. Konon dia ini Dr dan ahli Umno Bagan Serai semuanya tak layak sebab tak ada kelulusan. Dia menang....walaupun sebenarnya PRU ke 13 ketika itu letak calun biasa pun menang kerana Umno baru ambil kerajaan negeri dari PR....orang Melayu di Perak masa PRU ke 13 mula kuat semula....saya boleh cakap ni sebab saya sepanjang PRU tu di Bagan Serai.....

Pru ke 14....dia ni dah gaduh sakan dengan Umno Bagan Serai...tapi pimpinan Umno puji dia lagi....kata dia hebat...bagi kat dia juga ...kebetulan pertandingan 3 penjuru....letak Dato ketua bahagian pun menang jika tiga penjuru....dia menang lagi...

Bn kalah saja....dia antara tokoh awal melompat keluar jadi bebas dan sokong PH. Baru padan muka pemimpin Umno.....saya cukup letih bila pemimpin Umno kata jika calun tu ada kelulusan tinggi ada X fektor untuk orang pilih dan undi.....ada kelulusan tinggi tapi jiwa macam sampah dan tak bersyukur juga tidak setia dan tak pernah berterima kasih nak buat apa.....

Pru lepas terbukti PEJA tak habis pun belajar tapu jadi MB....walaupun ramai orang kata dia MB entah apa apa...tipu kelulusan...sapu tanah untuk kepentingan keluarga dan kawan kawan....tapi sedar tak sedar dah nak masuk tiga tahun dia jadi MB....tak ada lagi nampak boleh berubah....kekal nampaknya....

 Image may contain: 1 person, text that says "Raouf Mokhtar Just now Public Kalau Betul Ini Statement Timbalan Menteri Ni....Memang Ayam Punya Menteri.. Pun Ada Kena Covid 19 Lagi Dia Kata Selamat.. kinitw KiniTV BM 23m VIDEO: Sekolah tempat lebih selamat, takkan ditutup- takkanditutup-NoorAzmi Noor Azmi kin i VIDEO KINITV.COM Sekolah tempat lebih selamat, Sekolahtempatlebihnselamat,takkan takkan ditutup Noor Azmi"