Golongan sederhana dah mula sengkek?
Ipohmali
Rupanya semalam bukan hanya Maybank2u, Baca status rasmi perbankan, CIMB dan Bank Islam juga semalam mengalami kesesakan… apakah Ekonomi rakyat dalam Keadaaan Dharurat…Apakah ramai dari mereka mengeluh BPN yang belum masuk, Terdesak sangat kah mereka ?
Situasi seperti ini tidak pernah berlaku samada ketika agihan BRIM atau BSH, Semuanya teratur..Jarang sistem perbankkan sesak.. Kalau sesak pun ada makcik ,pakcik dan orang tua , kelompok bawahan berulang kali beratur di ATM mesin dan Bank BSN untuk semak baki duit bantuan.. Kali ini bila Perbankkan Internet sesak apakah ini gambaran kesusahan kelompok muda dan golongan menengah M40 ?
Bayangkan Rakyat sampai tak boleh bersabar..hari 26 hb dijanjikan duit BPN diagihkan.. hari itu mereka terpaksa dapatkan wang ? ada yang mengeluh perlukan duit untuk beli barangan dapur..Apakah tidak ada simpanan langsung ? Jika ini gambarannya..Situasi hari ini cukup bahaya..
Mana tidaknya Kotaraya Lembah Klang, KL ,Selangor yang mencipta berjuta peluang pekerjaan dan sumber pendapatan ketika ini masih disambung tempoh PKPB.. Setidaknya pendapatan mereka terjejas.. Bagi yang kerja swasta, GLC mahupun Kerajaan mungkin boleh menarik nafas lega..tetapi bagaimana mereka yang bekerja sendiri dan harian…
Bagi bani melayu..Depa tak rasa apa hilang pendapatan beribu ringgit..Hilang peluang pekerjaan… Pendapatan..Asalkan dapat bantuan Tunai..tapi selama mana ?? ia akan heret negara ini dalam krisis yang lebih besar..
Inilah Masalahnya.. Bila Kerajaan yang hari ini mengajar rakyat..Bodohkan rakyat dengan membiarkan kebergantungan rakyat kepada bantuan tunai.. Pakej diumumkan mementingkan bantuan Tunai dari menggerakkan ekonomi itu sendiri..Lalu mengabaikan matlamat mewujudkan Peluang Ekonomi dan Pekerjaan.. Apakah kita mahu beralih jadi Negara kelas ke 3 ?
Ini baru gambaran permulaan.. Bulan ini ramai kelompok menengah sudah mula membayar ansuran pinjaman selepas tempoh Moratorium tamat… masih dapat keluarkan sebahaian simpanan KWSP.. Itupun memberi gambaran yang teruk..bagaimana kesan ekonomi 6 Bulan seterusnya ?