Pas yang dahulu bukan yang sekarang
Mohd Sayuti Omar ll
Pada tahun 1974 parti Islam seMalaysia (Pas) dibawah pimpinan Allahyarham Mohd Asri Muda telah mengambil tindakan memecat ahli Parlimen Pas (Parit Perak), Hashim Gera kerana MP itu menari lambak bersama pemimpin BN dalam satu majlis di parlimen.
Jawatankuasa disiplin Pas telah memutuskan memecat Hashim Gera. Begitu tegas dan berintegriti sekali Pas ketika itu, sanggup memecat ahli parlimennya hanya kerana menari. Ketika itu Pas mempunyai 12 ahli parlimen.
Apakah tindakan Pas di zaman Abdul Hadi Awang sekarang ini lakukan terhadap ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aiman Razali yang jelas dan nyata telah melakukan pelanggaran SOP Covid.
Jika hendak dikira dari segi moral dan tanggungjawab, kesalahan dilakukan Khairuddin jauh lebih besar dan mengancam jiwa berbanding dengan apa yang dilakukan Hashim Gera. Aummm… Trims.