Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang tidak bersetuju dengan
teori bergabungnya undi Melayu dalam Muafakat Nasional (MN) akan menyebabkan
Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut beliau terdapat tiga faktor yang boleh menggugat MN dari
dalam biar pun gabungan itu kelihatan ampuh di luar.
Pertama, dalam PRU 14 Umno bertanding 120 kerusi manakala Pas
150. Kedua-duanya akan terpaksa mengurangkan separuh kerusi dalam PRU 15. Hal
itu akan menyebabkan akar umbi kedua-duanya tidak berpuas hati.
Kedua, bukan semua ahli kedua-dua parti bersetuju bergabung.
Ahli atau penyokong yang tidak bersetuju mungkin tidak mengundi atau memberi
undi kepada PH Ketiga, MN adalah kerajaan semasa. Sebarang kelemahan polisi
kerajaan Perikatan Nasional akan dipertanggungjawabkan ke atas mereka
Justeru, PH mempunyai
peluang untuk mempertahankan kawasan sedia ada atau memenangi kawasan baharu
dalam PRU 15.