BEKAS AKTIVIS SAMM KINI BERSAMA DI DALAM NGO PERTUBUHAN GERAKAN ANAK MALAYSIA MERDEKA (GERAMM)


Pertubuhan Gerakan Anak Malaysia Merdeka (GERAMM) adalah terdiri dari majoriti bekas aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang telah lama berkubur bersama penyelarasnya, Badrul Hisham atau Chegu Bard.

Hampir kesemua pengikut SAMM telah mula meninggalkan ngo pimpinan Chegu Bard tersebut termasuk orang kanan Chegu Bard sendiri seperti pengarah komunikasi SAMM iaitu eddy Edy Noor Reduan blogger edyes.com, hulubalangnya seperti Md Sani Md Shah , Hamizan Komeng , Muhammad Saufi Miad , Ranger Omar , bung hatta @ Kamarulhatta Mohaned Ali , Spa dan ramai lagi yang tidak mampu saya sebut di sini.  Mereka semua telah meninggalkan 'guru' mereka yang bertahun-tahun mengajar mereka tentang perjuangan dan hidup berprinsip.  Malangnya, guru mereka sendiri hanyut dibuai godaan dan hilang arah serta prinsip perjuangannya.  Difahamkan beberapa aktivis telah dilantik bagi mengetuai pertubuhan itu di setiap negeri.

"Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata", itu adalah kata keramat SAMM suatu ketika dahulu, namun dihancurkan oleh pengasasnya sendiri.  Betapa hebatnya godaan duniawi sehingga berjaya memaksa 'guru" SAMM ini berkali-kali menjilat ludahnya.  Ini menjadikan anak-anak buahnya mula hilang keyakinan terhadap Chegu Bard.  Sedikit demi sedikit mereka melarikan diri dan tidak mahu terikut menjual maruah diri dan prinsip perjuangan.

Akhirnya, kumpulan aktivis ini bersatu kembali tanpa 'guru' mereka yang telah jauh tersesat itu.  Di bawah GERAMM mereka mula bergerak dengan membawa suara anak Malaysia Merdeka.  Tugas pertama mereka baru-baru ini adalah dengan membuat laporan polis di seluruh negeri berkenaan isu menteri yang melanggar undang-undang atau SOP Covid19 yang hangat diperkatakan sekarang.

Tahniah kepada GERAMM yang sanggup menyambung kembali perjuangan lama mereka dengan misi yang tidak berubah iaitu menentang ketidakadilan dan kezaliman.  Semoga perjuangan GERAMM terus diberkati.

WFAUZDIN NS