Mohd Shah Rim
Selain P.Pinang, Selangor adalah negeri yang tidak mungkin dimenangi UMNO/PAS, bukan kerana UMNOPAS tak kuat diSelangor, atau jentera kedua parti tidak berfungsi, malah jentera mereka, lebih baik berbanding negeri yang dominan Melayu seperti di Pahang dan Kelantan..
Jadi.. kenapa Selangor tidak mungkin jatuh ditangan PAS/UMNO.?
Selangor, adalah negeri maju, hampir semua DUN dan Parlimen diletakkan dikategori bandar.. Parlimen luarbandar tak banyak, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Tanjung Karang.. disini kekuatan PAS/UMNO seimbang dgn PH.. PH boleh menang dan PAS/UMNO juga boleh menang di sini.. tapi bagi Parlimen dibandar, peluang PAS/UMNO almost zero, 99% PH akan menang dengan undi yang besar.
Jika ada yang berbeza pandangan, tak jadi masalah, tunggu PRU15 nanti..