Azmin akan ke Melaka jika PRU mengejut?
Via WhatsApp
Mungkin dapat dinilai dari dua video tular ini, kedudukan sebenar karier politik Menteri Paling Kanan Azmin Ali dalam arena politik masa kini.
Umno dan PAS sudah mengesahkan ketidakselarian mereka dengan watak, perangai, track record dan kelakuan Azmin Ali, di mana dengan lantang menyatakan bahawa kerusi parlimen Gombak yang dihuni Azmin di bawah tiket PKR sebelum ini, akan mereka tandingi di bawah tiket Muafakat Nasional.
Seyogia sedar bahawa di Gombak itu merupakan markas Melayu urban yang diingini Umno dan sedia maklum bahawa Datuk Megat Zulkarnain Omardin sedang giat mengatur dirinya sebagai calon untuk parlimen Gombak.
Jadi apakah siri pelancaran Penggerak Komuniti Nasional yang diatur kem Azmin di Melaka semalam, lengkap dengan upacara menjamah asam pedas Pokok Besar Kota Laksamana bersama ketua perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sidikit sebanyak memberikan kita hak mengandaikan bahawa Azmin mungkin terpaksa lari ke negeri lain jika PRU 15 diadakan?
Nyata kerusi parlimen Gombak dan dewan undangan negeri sekitarnya tidak lagi selamat buat Azmin dan anak didiknya Hilman Idham ADUN Gombak Setia.
Begitulah persoalannya.