Azmin sudah tak relevan di Gombak
Syed Badli Shah Bin Syed Osman
ULASAN: Saya menyambut baik pendirian bersama Umno dan Pas kawasan Gombak untuk tidak lagi meraikan pengkhianatan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Azmin sudah tidak relevan lagi berada di kerusi Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa.
Bahkan beliau sudah tidak relevan untuk terus berada di arena politik negara.
Azmin seharusnya mengosongkan kerusi Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa untuk dipulangkan kembali kepada rakyat.
Beliau juga berpotensi untuk mengkhianati Muafakat Nasional kerana Azmin mempunyai sejarah mengkhianati rakan seperjuangan.
Justeru itu langkah yang diambil Umno dan Pas kawasan Gombak adalah tepat dan saya menegaskan sekali lagi bahawa mandat tersebut perlu dipulangkan kembali kepada rakyat Gombak.
_____________________________________________________________________________
Penulis merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan