ANWAR TIADA PILIHAN LAIN?


MD ZULAIMI KAZIM

Presiden PKR Anwar Ibrahim akan mengadap Yang di-Pertuan Agong ...

Saya agak tak berapa faham... (sebenarnya saya nak tutup isu ini dan lebih fokus kpd PRU15)

Bila ramai yang boleh dikatakan "pakar" mengatakan Anwar tiada pilihan selain menerima cadangan Tun M untuk sedia mencalonkan DS Syafie Afdal sebagai PM. Anwar akan dapat peluang yang lebih besar kalau sedia kompromi dan terima Syafie Afdal. Anwar akan dihormati oleh rakyat Malaysia atas "sikap berlapang dadanya" menerima DSSA sebagai PM dan kedudukanya leboh strategi untuk PRU15 nanti.

Umno skrg pun dlm keadaan agak tidak selesa... apakah mereka boelh gugurkan Muhyiddin sebagai calon PM dlm PRU15 nanti? ... Umno tidak pernah menerima orang lain sebagai calon PM tapi bila Muhyiddin sudah pegang post itu tidak mudah untuk minta Muhyiddin tarik diri sebagai calon PM.

Sama juga, siapa boleh jamin DSSA ini adalah calon PM untuk tempuh musim ini sahaja dan bila PRU15 nanti calon adalah Anwar... Kalau Tun M dari tempuh 1 tahun ke 2 tahun kemudian terserah pada Tun nak jd PM sampai bila, apakah DSSA bila ada kuasa PM nanti mudah untuk serah teraju kepada Anwar yang berdepan PRU15, silap-silap perpecahan lagi besar berlaku dalam PH.

Kedua; apakah kelebihan keapda Anwar untuk menyerah lagi kepada orang lain untuk tunggu peluang PRU15 dari terus memberi fokus kepada PRU15. Anwar akan dilihat seorang pemimpin yang terlalu lemah sehingga terpaksa ikut pandangan politik orang lain sedangkan pandangan itu juga sekadar pandangan bukan satu kutipan kajian lapangan.

Rakyat nak lihat Anwar tegas dan berani membawa reformasi secara menyeluruh bukan berada dlm acuan lobi politik yg terpalsa tunduk dgn keperluan mana-mana pihak dalam melaksanakan reform. Kalau dapat kerajaan tetapi terpaksa tunduk dengan desakan pihak berkepentingan, mana mungkin reform dapat dilaksanakan... hanya sekadar laungan keramat.

Sekali lagi ditegaskan bahawa kalau ada suara yang kata Anwar tiada pilihan melainkan kompromi dengan cadangan DSSA sebagai PM, itu hanya pandangan politik yang tidak mendengar pandangan rakyat bawahan... andaian semata-mata.