Tuuuu Diaaaaa Indon : Masih degil tak hirau Covid-19, ribuan penduduk bersesak sambut kepulangan peserta liga dangdut




Eva Yolanda disambut peminat di Lombok Indonesia dan tidak menghiraukan penularan Covid-19 yang mampu membahayakan nyawa sendiri. (Gambar indozone)

Kepulangan Eva Yolanda, salah seorang peserta Liga Dangdut Indonesia (Lida) 2020 disambut warga Desa Lando, daerah Terara, Lombok Timur hujung minggu baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, kelihatan warga daerah itu bersesak sambil berteriak meminta Eva bernyanyi.
Malahan, kumpulan yang ramai itu juga tidak peduli arahan penjarakkan sosial ketika penularan wabak Covid-19 semakin serius.
Eva tersingkir daripada pertandingan itu Sabtu lalu.
Menurut kompas.com bukan hanya di daerah berkenaan, kehadiran Hamid Aan yang juga peserta pertandingan sama disambut ribuan penduduk Alor, Nusa Tenggaran Timur.
Mereka berkumpul di Lapangan Terbang Mali, Alor untuk menyambut anak kelahiran daerah itu pada Sabtu.
Malahan, ada juga yang berkumpul di halaman rumah Hamid di Desa Alila Selatan, daerah Alor Barat Laut.
Walaupun ada kawalan pihak polis, namun ia hanya sia-sia kerana peminat 2 peserta itu tetap berkerumun untuk melihat lebih dekat peserta pertandingan itu.
Setakat ini Lombok Timur dikategorikan zon merah kerana 2 warganya disahkan positif Covid-19.
Ketua Polis Lombok Timur, Tunggul Sinatrio berkata, pihaknya berusaha untuk meminta supaya semua pihak bersurai.
“Dah namanya peminat, lebih-lebih lagi kenalan di kampung halaman tentunya mereka mahu bertemu Eva.