Jangan biarkan Pas ekstrem seperti syiah …
Kredit: Ahmad Sayuti Bashiron
SYIAH memang ajar penganutnya walak pada #PEMBOHONGAN Ayatullah
Salah satu pegangan utama ajaran Syiah dalam strategy melebarkan pengaruh adalah mengharuskan pembohongan atau penyamaran, yg disebut “taqiyyah” ( التقية ) pada penganutnya. Bagi mereka, demi maslahah perjuangan yg dianuti, taqiyyah merupakan kewajipan penganut demi melebarkan pengaruh serata dunia.
Ini yg saya diajar oleh Tok Guru itu. Pernah satu ketika sekitar tahun 1995 Tok Guru itu mengambil keputusan memecat 7 orang sahabat saya daripada party lama itu, kerana dikaitkan dengan amalan Syiah di atas.
Bagi keempat mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah pula, konsep taqiyyah itu adalah haram selamanya, kecuali dalam situasi peperangan untuk menyelamatkan nyawa.
Kedua
Selang beberapa jam sahaja selepas Raja Petra muat naik website dan social media dengan tajuk “Pengarah YADIM kata Tok Guru celaka”, ratusan (kalau tak ribuan) individu tak dikenali, menyerang saya di FB dan WhatsApp tanpa henti. Ia memaksa saya membuat #OFF kan comment, selain comment daripada ‘friends’ sahaja. Inilah kali pertama dalam 12 tahun saya menggunakan feature di FB itu. Sebaik di #OFF kan, serangan marahkan kerana tak dibenarkan comment dihalakan pula kepada messenger FB pula.
Saya simpan semua ratusan koleksi comments majority nya oleh pantaksub Pas & dan pengikut Najib sebagai bahan analisa satu masa kelak. Menarik jika dibuat kajian pemikiran dan pattern kefahaman dikalangan penyokong Umno/Pas dalam kerajaan hari ini. Tak sangka rupanya cybertrooper RPK yg mencari suaka di UK itu mendapat perhatian dan peminat tertinggi oleh Pas/Umno dalam isu fitnah politik yg berlaku hari ini.
Daripada poster disitulah terdapat beberapa Pemuda Pas Selangor yg membuat pula poster mengajak sahabat party itu berdoa laknat atas saya, sehingga ratusan mesej diterima dengan bahasa yg cukup nista dan penuh maki-cela yg tidak dapat digambarkan.
( Saya ajak kita semua – brsungguh sama doakan sahabat saya ustaz yg menyebarkan poster #fitnah dan mengajak doa kecelakaan ke atas saya itu diberikan kesembuhan kerana beliau baru dibawa ke hospital kerana disahkan postif Covid-19, kelmarin.)
Saya duduk memikirkan betapa parahnya fikrah yg sedang dilalui oleh kumpulan pentaksub politik di luar saya yg cukup mudah dibangkitkan emosi mereka apabila ianya berkaitan fitnah pada susuk Tok Guru mereka itu. Bagi saya, virus fitnah & emosi yg meracau ini adalah wabak yg kita tidak sedari semakin parah tular dalam mesyarakat kebelakangan ini.
Untuk mengesahkan dakwaan ini, saya bawakan DUA KISAH untuk kita hayati akan betapa virus tu telah pun menjadi apedemik yg perlu segera dirawat.
Untuk rekod,
Sejak 2008 saya mula menulis & bercakap tajuk (1) indoktrinasi & ta’asub pada gerakan Islam (2) pengkhianatan janji/syura, dalam pelbagi forum dalaman party dan students, khasnya untuk mengajak mereka berfikiran terbuka serta faham perjuangan politk dakwah tersebut;
Sejak 2008 saya mula menulis & bercakap tajuk (1) indoktrinasi & ta’asub pada gerakan Islam (2) pengkhianatan janji/syura, dalam pelbagi forum dalaman party dan students, khasnya untuk mengajak mereka berfikiran terbuka serta faham perjuangan politk dakwah tersebut;
KISAH PERTAMA (2013)
1. Sebaik pulang selepas hampir 4 tahun bermusafir luar Negara, saya membuat kunjungan bekas pimpinan lama yg diabaikan, yg mana saya menjadi semakin rapat dengan beliau melalui pertemuan online (facebook) sejak tahun 2010, apabila saya kerap bercakap pasal dua tajuk di atas. Pak Daeng, bekas pensyarah, bekas Ahli Parlimen yg juga bekas pimpinan utama party itu di zaman alMarhum Ustaz Fadzil Noor dahulu. Hampir 10 kali selepas itu saya bersempatan menziarahi beliau yg uzur di bungalow Bangi itu dalam tempoh 2 tahun berikutnya.
2. Saya ingin mengambil beberapa ketetapan pandangan Pak Daeng ketika siri-siri awal kami berusrah bersama beberapa lagi sahabat.
3. Kata Pak Daeng – Ya akhie, antum kena bersedia untuk berani lakukan pertukaran “Ustaz Hadi” itu dengan ustaz lain. Saya tanyalah kenapa sampai begitu sekali, walaupun saya tahu Pak Daeng berasa sangat marah pada Tok Guru sebaik peristiwa kekalahan PKR di Kota Damansara pada PRU13, disebabkan pertandingan 3 penjuru atas arahan Tok Guru.
4. Jawapannya. Ya akhie, ana ni belajar PhD, dan kajian thesis ana adalah tentang “wilayah faqeh” (Kepimpinan Ulamak) yg Syiah amalkan, sampai ana pernah rasakan tak ada orang lain yg lebih faham Syiah di Malaysia ini selain ana pada masa dulu.
5. Sebab itu ana sangat takut ya akhie, tindakan Ustaz Hadi khianati perjanjian Pakatan Rakyat di Kota Damansara itu, dan disokong pula oleh Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda membawa kepada bibit kerosakan pada Pas sebenarnya.
6. Saya tanyakan – Kenapa Pak Daeng fikir sampai begitu?
7. Jawab Pak Daeng – sebabnya ya akhie, ana tengok dalam isu Kota Damansara itu contohnya, sebaik sahaja Khalid Samad tegur Ustaz Hadi kerana khianati perjanjian agihan kerusi PR tersebut, Khalid pula yg dicaci-hina, dicela oleh Dewan Ulamak dan Pemuda atas alas Khalid tak hormati Tok Guru sebagai ulamak.
8. Sedangkan teguran yg dibuat oleh Khalid itu adalah perkara asas, ie. kewajipan berpegang janji dan jangan khianat. Tapi bagi Ustaz Hadi dia merasakan tak salah untuk lakukan khianat itu kerana seolahnya bahawa bohong dalam politik itu bukan satu kesalahan. Bahkan pendirian itu disokong pula oleh ulamak party, walau natijah sangat jelas daripada pengkhianatan Kota Damansara itu adalah PR hilang satu kerusi. Dan hanya berpunca daripada ketua sebuah party Islam yg melakukan veto atas alasan dia punyai kuasa sebagai ketua pada party Islam itu.
9. Saya tanya Pak Daeng – Habis kenapa sampai kena tukar Tok Guru itu?
10. Jawab Pak Daeng – Ustaz Hadi itu wajib ditukar kalau antum masih mahu selamatkan Pas dan mahu Pas terus bersama PR. Ana yakin, kalau antum tak tukarkan Ustaz Hadi pada muktamar ini (2013) atau akan datang (2015), dan biarkan Ustaz Hadi terus kekal sebagai Presiden, Pak Daeng pasti Pas akan pecah daripada PR kelak. Sebabnya kata Pak Daeng, ana dah kenali Ustaz Hadi itu sejak “fenomena Haji Hadi” awal 1980an lagi, dan selepas itu bersama Ustaz Hadi ketika kepimpinan Ustaz Fadzil. Dia bukanlah seorang yg boleh bekerja dengan kumpulan yg selain Pas!