Lantik duta pengaruh Hj Hadi berakhir?
Kredit: NieFeng
Benarlah sejarah itu berulang
dan akan berlaku semula..
dan akan berlaku semula..
1. 1877- Sultan Abdullah bersama pembesar yang lain pernah di hantar ke Pulau Seychelles (Timur Afrika) kerana di katakan terlibat bersama Dato Maharaja Lela di dalam kes pembunuhan J.W.W. Birch.
2. 1928- Pejuang terkenal bertaraf ulama Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong juga menerima nasib yang sama. Pernah di buang negeri lalu dihantar ke Mekah dan meninggal dunia di sana.
3. 2000- Tan Sri Wan Mokhtar pernah di hantar menjadi Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi selepas tewas dalam pilihanraya 1999.
4. 2001- Dato’ Abu Bakar Daud pernah di hantar menjadi Duta Malaysia ke Mesir selepas kalah kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 1999. Abu Bakar bersara dari politik dan pada Januari 2001 dan dinobatkan sebagai duta negara ke Mesir.
5. 2010- Tun Samy Vellu pernah di hantar menjadi Duta Khas Perdana Menteri ke India dan Asia Selatan.
6. 2011- Datuk Seri Ong Ka Ting pernah di hantar sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China.
7. 2020- Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang pula di hantar sebagai Duta mewakili Perdana Menteri untuk Asia Barat.
Sejarah tidak pernah menipu kita. Jika dahulu, buang daerah, negeri dan negera ialah bertujuan menggelakkan negeri tersebut berada di dalam kucar kacir. Merujuk kronologi kes Sultan Abdullah dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbung.
Manakala kestabilan politik Umno Terengganu untuk merampas semula negeri pada PRU 2004 amat perlu selepas tumbang kerajaan negeri dalam PRU 1999 merujuk urutan peristiwa Tan Sri Wan Mokhtar dan Dato’ Abu Bakar Daud.
Harus di ingat, Tun Samy Vellu ialah bekas Presiden MIC. Manakala Datuk Seri Ong Ka Ting pula ialah bekas Presiden MCA. Di antara tujuan utama Datuk Seri Najib melantik mereka menjadi Duta adalah bertujuan mengelakan perpecahan dalaman parti MIC dan MCA kerana negara sudah hampir dengan PRU14.
Alaf sekarang, perlantikan Duta ada kalanya bertujuan politik (bukan semua), bagaikan pembuangan daerah supaya kestabilan politik terutamanya pemerintahan negeri, negara dan parti dapat berjalan dengan lancar.
Apa pula tujuan menghantar Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS menjadi Duta di Timur Tengah..? Pembaca barangkali sudah tentu dapat mengagak. Tentulah berkait rapat dengan apa yang di nyatakan di atas..Tepuk dada tanya selera mencari jawapan.
Tuan Ibrahim Tuan Man dahulu pernah menyatakan bantahan kepada asas perlatikan Duta keluar negeri.
SOALAN: Apa pandangan Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man tentang pelantikan Duta Khas ke Timur Tengah terutama dalam keadaan ekonomi yang semakin suram ini? Kesal? Reda? Syukur?”
Saya hentikan di sini dahulu semua persoalan. Semoga Ayah Chik dapat melaksanakan tugas sebagaimana yang di amanahkan. Sayonara Ayah Chik..!