Shafie cadang aktiviti ekonomi dipulihkan di zon hijau
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk bulan kedua meruntuhkan aktiviti ekonomi dan memufliskan banyak syarikat.
Sehubunhan itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencadangkan kerajaan Perikatan Nasional mengenal pasti ‘zon hijau’ secara segera dan membuka aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.
Menurutnya, bukan semua kawasan mempunyai jangkitan Covid 19, namun kesemua kawasan ditutup sehingga melumpuhkan ekonomi sama sekali.
“Zon Hijau ini boleh dibuka. Zon Merah pula perlu dikawal ketat.
“Ini penting untuk memberi sedikit ruang kepada ekonomi supaya proses pemulihan kita tidak terlalu sukar dan mengambil masa yang lama,” katanya baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika sesi temubual Consider This.
Temubual tersebut memberi fokus kepada respon Sabah dalam menangani Covid-19 serta cabaran yang dihadapi susulan penularan virus tersebut di wilayah itu.