Arif Wafa.
Keangkuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin semakin menyerlah sejak kebelakangan ini.
Sudah tahu apa kesalahan lagi hendak berpura-pura tak ada klimaks. Bukan lagi satu rahsia yang beliau telah mengajak Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran untuk menyertai parti Gerakan sebelum ini.
Keputusan ahli MPP adalah untuk menggantung keahliannya daripada parti pada 21 Mac lalu sementara siasatan lembaga disiplin dimuktamadkan.
Parti KEADILAN menghormati proses mengikut perlembagaan kerana kita ditubuhkan berlandaskan prinsip reformasi.
Namun jika Afif rindukan kawan-kawannya yang dah lama mengkhianati parti, tak ada apa yang boleh menghalang beliau cuma kenalah berani buat pendirian.
Sekian.