CATATAN SEDIH DI NEGERI KELANTAN: RASANYA LAH..KALAU NEGERI CINA DAP TAK JUMPA DAH MACAM NI.KURANG KURANG FLAT 130-180 SEBULAN DAPAT DAH SEWA



DIMANA KERAJAAN ISLAM YANG DILAUNGKAN


Hari ini tak dapat menahan air mata melihat kedhaifan seorang makcik tua yang hidupnya menumpang di tanah tempat pelupusan sampah, sudah 37 tahun tinggal di situ 😭

(terkesan dengan post yang dikongsi oleh Miza Ahmad, saya tekad untuk menjejaki makcik yang tinggal di tempat pelupusan sampah di Kampung Pusu 40, Lubuk Jong Pasir Mas)Semasa menyelusuri jalan masuk ke tempat kediamannya bersama Afzan Sophia dan Yusaire Yazli hati tertanya-tanya ada ke orang yang tinggal di kawasan tersebut?



Tak terbayang langsung  malah tidak layak dipanggil rumah 😥 penuh dengan timbunan sampah 😭, dinding hanyalah dari bahan terbuang..beberapa orang kanak-kanak berlari-lari menuju ke arah kami, rupa-rupanya ada 3 buah rumah kediaman di situ.. 

Allahuakbar! Allahuakbar! Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata keadaan mereka..makanan mereka hanyalah sisa-sisa yang dijumpai dicelah-celah timbunan sampah yang dibuang di pusat pelupusan sampah 😔 ada ayam yang dah membusuk, buah-buahan rosak, roti yang tidak tahu bila lagi tarikh luputnya.. katanya hari ni dah terputus bekalan beras.



 Ya Allah, semoga nasib mereka terbela selepas ini. Menurut makcik ni, bantuan JKM dan 4 tahun terhenti. Betapa kita rasa kita susah tapi hidup mereka jauh lebih susah, di luar jangkauan pemikiran 😢..terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak putus-putus memberi sumbangan, sekurang-kurangnya dapat berkongsi sedikit rezeki dengan mereka..semoga Allah permudahkan urusan rezeki mereka dan permudahkan urusan kita semua 🤲

Kredit : Wan Rose